BERITA 8: LAPORAN YANG PERLU DISEDIAKAN BAGI PENGECUALIAN DI BAWAH JADUAL A BUTIRAN 57

Laporan Yang Perlu Disediakan Bagi Pengecualian Di bawah Jadual A bagi butiran 57 Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018

1. Orang yang diluluskan dikehendaki menyediakan Laporan CJ(P) Jadual A-57A Format Laporan boleh dimuat turun melalui Portal MySST.

2. Laporan CJ(P) Jadual A-57A hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantar ke Bahagian Cukai Dalam Negeri (SST) zon ⁄ negeri yang mengawal bersama-sama dengan invois belian (daripada pengilang berdaftar ⁄ gudang pengilangan berlesen ⁄ zon perindustrian bebas) dan Borang Kastam No.2 (K2) untuk tindakan mengimbang maklumat pembelian dan pengeksportan.

3. Laporan CJ(P) Jadual A-57A, invois belian dan Borang K2 perlu dihantar pada setiap tiga (3) bulan dari tarikh sijil pengecualian sehingga kuantiti barang yang dibeli selesai dieksport.

4. Tarikh akhir penghantaran laporan adalah pada akhir bulan berikutnya selepas berakhirnya tempoh setiap tiga bulan itu.

Contoh:

Tarikh Sijil Pengecualian: 1 September 2018
Frekuensi Penghantaran Laporan
Tempoh Laporan
Tarikh Akhir Penghantaran Laporan
Tempoh Pertama
1 Sep 2018 ⇨ 30 Nov 2018
31 Dec 2018
Tempoh Kedua
1 Dec 2018 ⇨ 28 Feb 2019
31 Mar 2019