Pembayaran SST
KAEDAH PEMBAYARAN CUKAI PERKHIDMATAN
- Pembayaran keatas penyata SST, TTX, STODS boleh dibuat secara:
(i) Kaedah Elektronik melalui portal MySST, MyTTx, MySToDS dan MyLVG, yang mana-mana berkaitan. Manual pengguna berkenaan panduan pembayaran secara elektronik boleh didapati di dalam panduan sistem di portal ini.
(ii) Kaedah Manual – melalui cek atau draf bank (pos, kurier atau P-hailing) ke Pusat Pemprosesan Kastam seperti alamat di bawah mengikut waktu pejabat seperti yang dinyatakan:
Ketua Pengarah Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Pusat Pemprosesan Kastam
Kompleks Kastam WPKL Kelana Jaya
No.22 Jalan SS6/3 Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
Selangor
Waktu Operasi
| Isnin - Khamis | : 8:00 pagi - 1:00 petang : 2:00 petang - 5:00 petang |
| Jumaat | : 8:00 pagi - 12:15 tengah hari : 2:45 petang - 5:00 petang |
| Sabtu, Ahad & Cuti Umum | : Tutup |
- Pembayaran dibuat secara elektronik hendaklah disifatkan tidak diterima sehingga amaun tersebut dimasukkan pada kredit Ketua Pengara Kastam.
- Pembayaran dibuat secara manual melalui cek yang dihantar melalui pos hendaklah disifatkan telah diterima oleh Ketua Pengarah Kastam pada tarikh tanda pos.
- Pembayaran dibuat secara manual melalui cek yang dihantar melalui p-hailing hendaklah disifatkan telah diterima oleh Ketua Pengarah Kastam pada tarikh nombor jejak dan kesan (tracking number).
- Bayaran Secara Ansuran
Pembayaran secara ansuran tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah.