BERITA 9: MODUL BARU BAGI PERMOHONAN PENGECUALIAN JADUAL A

Modul baru bagi permohonan pengecualian Jadual A akan live di sistem MySST pada 19 Ogos 2019. Sehubungan dengan itu, sijil yang telah dijana menggunakan modul lama tidak boleh digunakan lagi selepas 31 October 2019.. 31 Oktober 2019..

Bagi modul baru, pemohon yang mahu menjana sijil pengecualian Jadual A perlu Mendaftar terlebih dahulu dan mendapat kelulusan daripada JKDM (kali pertama sahaja) untuk tujuan mendapatkan login dan seterusnya menjana sijil melalui sistem MySST. Pengguna Jadual A sediada (modul lama) juga perlu mengikuti prosedur ini.

Di bawah modul baru terdapat tiga kategori permohonan untuk menjana sijil pengecualian di bawah Jadual A seperti berikut:

     1. Sendiri (Bagi butiran 1 ⇨ 3, 6, 9, 10, 11, 14, 18⇨42, 44⇨49, 51⇨66, Jadual A) Sistem akan menjana sijil secara automatik sebaik saja permohonan dihantar.

     2. Wakil (Bagi butiran 4, 5, 7, 8, 12 & 13, Jadual A)

        Dua proses terlibat untuk menjana sijil iaitu:

           a. Melantik wakil:Kerajaan, pihak berkuasa tempatan & IPTA perlu melantik mana-mana orang yang akan membeli atau mengimport untuk dibekalkan kepada mereka.

              Sistem akan menjana sijil secara automatik sebaik sahaja permohonan dihantar.

           b. Wakil yang dilantik:Mana-mana orang yang dilantik oleh kerajaan, pihak berkuasa tempatan & IPTA perlu menjana sijil menggunakan

              nombor pelantikan wakil yang diberikan oleh Kerajaan, pihak berkuasa tempatan & IPTA. Sistem akan menjana sijil secara automatik sebaik sahaja permohonan

              dihantar.

     3. Eksport (Bagi butiran 57, Jadual A)
        Sistem akan menjana sijil secara automatik sebaik saja permohonan dihantar.

Untuk maklumat lanjut bagaimana menjana sijil Jadual A menggunakan modul baru, sila klik pautan Pautan