BERITA 19 : PERMOHONAN PELANJUTAN TEMPOH EKSPORT DI BAWAH SEKSYEN 40 AKTA CUKAI JUALAN 2018 (PULANG BALIK CUKAI JUALAN) DAN PERINTAH CUKAI JUALAN (ORANG YANG DIKECUALIKAN DARIPADA PEMBAYARAN CUKAI) 2018

1. Bermula 1 November 2023, syarikat yang ingin memohon pelanjutan tempoh eksport hendaklah mengemukakan permohonan tersebut ke Bahagian/Cawangan Kawalan Kemudahan, Cukai Dalam Negeri di zon/negeri sebelum tamat tarikh eksport/ diangkut ke kawasan khas/ kawasan ditetapkan.

2. Panduan ini meliputi permohonan pelanjutan tempoh eksport seperti di bawah:
   (a) Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 2018 (PPCJ 2018);
   (b) Butiran 57 Jadual A PCJ(P) 2018;
   (c) Butiran 4 Jadual B PCJ(P) 2018; dan
   (d) Butiran 1 dan 3 Jadual C PCJ(P) 2018.

3. Panduan Permohonan Pelanjutan Tempoh Eksport Di Bawah Seksyen 40 Akta Cukai Jualan 2018 Dan Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018 (Tekan Disini)