Cukai Jualan
Cukai jualan adalah cukai seperingkat yang dikenakan dan dilevi:
i. on taxable goods manufactured in Malaysia by a taxable person and sold by
him (including used or disposed off) ; and
ii. on taxable goods imported into Malaysia.
Barang yang tertakluk kepada cukai jualan adalah barang yang TIDAK disenaraikan di dalam Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Barang Dari Cukai Jualan) 2018 .
Pengilangan bermaksud:
i. Perubahan bahan dengan cara manual atau mekanikal ke atas suatu produk kepada suatu produk baru dengan menukar saiz, bentuk, komposisi, sifat atau kualiti bahan tersebut dan termasuk pemasangan bahagian-bahagian ke dalam satu jentera atau produk lain. Walau bagaimanapun, pengilangan tidak termasuk pemasangan
mesin atau peralatan untuk tujuan pembinaan.
ii. Berkaitan dengan petroleum, apa-apa proses pengasingan pembersihan, penukaran,
penapisan dan pengadunan.
Orang bercukai adalah orang yang mengilang barang bercukai dan nilai jualan tahunan melebihi nilai ambang RM500,000.00 dan bertanggungan untuk berdaftar.Orang itu dikehendaki untuk berdaftar melalui sistem MySST.
Kadar cukai jualan adalah 5%, 10% atau kadar tertentu.


Orang kena cukai dikehendaki berdaftar, mengeluarkan invois dan mengenakan cukai jualan ke atas jualan, mengekalkan rekod yang betul dan akaun cukai dengan mengemukakan penyata dwi-bulanan kepada JKDM.
Pendaftaran boleh dibuat atas talian melalui sistem MySST(sila buat carian pautanpantas di portal JKDM). Orang yang telah didaftarkan akan menerima pemakluman kelulusan pendaftaran melalui sistem MySST. Sekiranya anda tidak menerima sebarang pemakluman sedemikian, anda dikehendaki mengemukakan permohonan secara individu atas talian melalui sistem MySST.
YAnda akan dimaklumkan melalui email. Orang berdaftar CBP yang bertanggungan untuk berdaftar di bawah cukai jualan, pendaftaran di bawah cukai jualan akan didaftarkan secara automatik oleh JKDM dan pengilang berdaftar akan dimaklumkan pendaftarannya secara bertulis.
Tidak, anda akan menerima pemakluman melalui email peribadi atau perniagaan bermula 1 Ogos 2018.
Anda dikehendaki membuat permohonan secara bertulis kepada Ketua Pengarah Kastam untuk mendapatkan kelulusan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
Pendaftaran secara sukarela dibenarkan sekiranya anda mengilang barang-barang bercukai.
Pendaftaran cawangan secara berasingan tidak dibenarkan.
Pendaftaran secara berkumpulan tidak dibenarkan.
Apabila Akta CBP 2014 dimansuhkan, anda secara automatik dianggap berhenti daripada menjadi orang berdaftar CBP. Anda tidak perlu untuk memohon pembatalan pendaftaran CBP. Walau bagaimanapun, anda dikehendaki menghantar penyata terakhir dalam tempoh 120 hari daripada tarikh Akta tersebut dimansuhkan
Pengilang berdaftar yang menjual barang bercukai dikehendaki untuk mengeluarkan invois. Invois hendaklah di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan mengandungi butiran yang ditetapkan, sama ada dalam bentuk hard copy atau elektronik.
Anda dibenarkan membuat pelarasan ke atas penyata cukai jualan pada masa nota kredit atau nota debit itu dikeluarkan.
Cukai jualan perlu diakaunkan berdasarkan asas perakaunan akruan.
i. Pengilang berdaftar hendaklah mengemukakan penyata cukai jualan (SST-02)setiap dua bulan mengikut tempoh bercukai. Anda boleh memohon kepada Ketua Pengarah Kastam untuk tempoh bercukai tertentu, contohnya selaras dengan tahun kewangan berakhir anda.
ii. Penyata cukai jualan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada hari terakhir bulan berikutnya selepas tempoh bercukai berakhir.
iii. Penyata cukai jualan hendaklah dikemukakan sama ada terdapat cukai yang perlu dibayar atau tidak.
iv. Penyata cukai jualan hendaklah dikemukakan secara elektronik atau melalui
pos ke Pusat Pemprosesan Kastam (CPC).
Cukai jualan boleh dibayar secara: a. Elektronik (FPX); atau b. Melalui cek bank dan diposkan ke Pusat Pemprosesan Kastam(CPC).
Cukai jualan yang lewat dibayar dikenakan penalti seperti berikut:
i. 10% - bagi tempoh 30 hari pertama
ii. 15% - bagi tempoh 30 hari kedua
iii. 15% - bagi tempoh 30 hari berikutnya
Penalti maksimum adalah 40% selepas 90 hari.
Rekod hendaklah disimpan bagi tempoh 7 tahun daripada tarikh terakhir yang berhubungan dengan rekod itu. Rekod hendaklah:
i. dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
ii. di Malaysia, kecuali diluluskan oleh Ketua Pengarah untuk disimpan di luar Malaysia
iii. dalam bentuk hard copy atau soft copy
Anda boleh memohon pelepasan hutang lapuk:
i. dalam tempoh 6 tahun daripada tarikh barang bercukai dijual
ii.tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kastam
iii.berdasarkan formula yang ditetapkan.
A. Pengecualian barang dan orang:
- Barang – Proposed Sales Tax (Goods Exempted From Sales Tax) Order 2018
- E.g. Live animals, unprocessed food, vegetables, medicines, machinery, chemicals, etc. (List of Goods Exempted From Sales Tax)
- Person – Sales Tax (Person Exempted From Sales Tax) Order 2018
- Schedule A: Class of person, e.g. Ruler of States, Federal or State Government Department, Local Authority, Inland Clearance Depot, Duty Free Shop
- Schedule B: Manufacturer of specific non-taxable goods – exemption on acquisition of raw materials, components, packaging used in manufacturing activities
- Schedule C: Registered Manufacturer – exemption on acquisition of raw materials, components, packaging used in manufacturing of taxable goods (replacing CJ5, CJ5A, CJ5B)
- Manufacturing activities exempted from registration regardless of turnover
- E.g. Tailor, Jeweler, Optician, Engraving, Vanishing table top, etc.
| Designated (not deemed outside Malaysia) | Labuan, Langkawi and Tioman |
| Manufacturing activities in DA | Sales Tax Act does not apply to DA except for petroleum |
| Importation into DA (world to DA) |
Exemption from Sales Tax except: – Langkawi: Importation of marble, petroleum and anchovies – Tioman: Importation of petroleum and motor vehicles – Labuan: Importation of petroleum |
| Removal of Goods |
– From PCA to DA – deemed export, no sales tax – From DA to PCA – deemed import, subject to sales tax – To/from DA to DA – no sales tax – To/from DA to SA* – no sales tax |
| Special Area (not deemed outside Malaysia) | Free Zone, Licensed Warehouse, Licensed Manufacturing Warehouse, and Joint Development Area (JDA) |
| Manufacturing activities in SA | Sales Tax Act does not apply to SA |
| Importation into SA (world to SA) | Generally not subject to Sales Tax except for goods in the free zone which may be subjected to Sales Tax provided in the Special Area Order |
| Removal of Goods |
– From PCA to SA – deemed export, no sales tax – From SA to PCA – deemed import, subject to sales tax – To/from SA to SA – no sales tax – To/from SA to DA – no sales tax |
Tempoh yang dibenarkan adalah 120 hari daripada tarikh kuatkuasa SST.
Orang berdaftar CBP hendaklah mengakaunkan CBP atas kadar 0% dan pengikraran cukai output hendaklah dibuat dalam penyata GST-03 yang terakhir.
Skim CBP tersebut tidak terpakai di bawah SST.
GBP hendaklah dikenakan atas kadar standard 0% ke atas nilai barang yang telah dipindahkan.
Cukai jualan dikenakan ke atas nilai jualan barang mengikut kadar yang ditetapkan.
Pengilang berdaftar adalah dibenarkan untuk menuntut cukai input bagi stok dalam tangan pada penyata terakhir GST-03.
CBP dikenakan pada kadar standard 0% untuk kerja-kerja yang dilaksanakan sebelum 1 September 2018. Bagi baki kerja yang dilaksanakan dan disiapkan pada 15 Oktober 2018, cukai jualan dikenakan ke atas nilai kerja subkontrak mengikut kadar yang ditetapkan.
Di bawah CBP, Big Ticket Items adalah tersenarai di bawah Senarai Pengecualian Utama petroleum upstream (MEL). Di bawah SST, pengendali petroleum upstream yang mengimport Big Ticket Items diberi pengecualian cukai jualan di bawah Perintah Cukai Jualan (Orang yang Diberi Pengecualian Cukai Jualan) 2018.
Anda hendaklah mengakaunkan cukai jualan ke atas invois yang telah dikeluarkan kepada pelanggan. Dalam keadaan tersebut, anda dibenarkan mengeluarkan suatu:
i. nota kredit untuk membatalkan invois tersebut dan seterusnya mengeluarkan satu
invois yang baru dan mengenakan cukai jualan; atau
ii. nota debit yang mana tertera cukai jualan.
Pengauditan untuk tujuan penutupan kes akan diteruskan ke atas orang berdaftar CBP.