BERITA 7: LAPORAN YANG PERLU DISEDIAKAN BAGI PENGECUALIAN DI BAWAH JADUAL A BUTIRAN 33A, 33B, 55, 63, 64 & 65

Laporan Yang Perlu Disediakan Bagi Pengecualian Di bawah Jadual A bagi butiran 33A, 33B, 55, 63, 64 & 65 Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018

1. Orang yang diluluskan dikehendaki menyediakan Laporan CJ(P) Jadual A-MIDA

2. Laporan CJ(P) Jadual A-MIDA hendaklah diisi sepenuhnya dan dihantar ke Bahagian SST di stesen mengawal pada bila-bila masa apabila berlakunya pembelian atau pengimportan barangan dengan pengecualian cukai jualan .

3. Orang yang diluluskan boleh memuat turun format Laporan CJ(P) Jadual A-MIDA melalui sistem MySST.

4. Laporan ini mesti ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh syarikat. Jika laporan mengandungi banyak halaman, tandatangan hanya diperlukan pada halaman terakhir laporan yang mengandungi maklumat lengkap.