1. Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) (Pindaan) (No.2) 2023 telah diwartakan dan berkuatkuasa pada 1 Disember 2023 dengan memasukkan Butiran 5B, 5C dan 5D Jadual A.
2. Pengecualian cukai jualan di bawah Butiran 5B diberikan kepada franchise holder, distributor atau dealer of motor vehicle ke atas kenderaan bermotor pengilangan tempatan di bawah kod tarif 8702 Perintah Duti Kastam 2022 untuk dijual kepada institusi keagamaan, badan khairat kematian, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Sabah atau Sarawak untuk digunakan sebagai kenderaan jenazah.
3. Pengecualian cukai jualan di bawah Butiran 5C pula diberikan kepada franchise holder, distributor atau dealer ke atas pembelian kenderaan bermotor pengilangan tempatan di bawah kod tarif 8702 (van dan bas) Perintah Duti Kastam 2022 untuk dijual kepada organisasi yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
4. Pengecualian cukai jualan di bawah Butiran 5D diberikan kepada pengendali bas ekspres, bas henti-henti atau bas sekolah ke atas pembelian van atau bas di bawah kod tarif 8702 (dengan kapasiti sekurang-kurangnya 18 tempat duduk dan ke atas) berdasarkan Perintah Duti Kastam 2022.
5. Mulai 1 Disember 2023, permohonan sijil pengecualian cukai jualan ini hendaklah dibuat secara manual dan dikemukakan ke Bahagian Cukai Dalam Negeri di zon/ negeri yang mengawal.
6. Untuk maklumat lanjut prosedur permohonan sijil pengecualian, sila rujuk panduan seperti di bawah:-
(a) Panduan Permohonan Sijil Pengecualian Cukai Jualan Di Bawah Butiran 5B, Jadual A Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018 (Tekan Disini)
(b) Panduan Permohonan Sijil Pengecualian Cukai Jualan Di Bawah Butiran 5C, Jadual A Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018 (Tekan Disini)
(c) Panduan Permohonan Sijil Pengecualian Cukai Jualan Di Bawah Butiran 5D, Jadual A Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018 (Tekan Disini)
BERITA 20 : PERMOHONAN SIJIL PENGECUALIAN CUKAI JUALAN DI BAWAH BUTIRAN 5B, 5C DAN 5D, JADUAL A PERINTAH CUKAI JUALAN (ORANG YANG DIKECUALIKAN DARIPADA PEMBAYARAN CUKAI) 2018
Berita Terbaru
-
31 Dis 2023BERITA 21 : PENGECUALIAN CUKAI JUALAN KE ATAS ALAT BANTUAN PENGILANGAN (MANUFACTURING AIDS) DAN PERALATAN CLEANROOM
-
30 Nov 2023BERITA 20 : PERMOHONAN SIJIL PENGECUALIAN CUKAI JUALAN DI BAWAH BUTIRAN 5B, 5C DAN 5D, JADUAL A PERINTAH CUKAI JUALAN (ORANG YANG DIKECUALIKAN DARIPADA PEMBAYARAN CUKAI) 2018
-
20 Okt 2023BERITA 19 : PERMOHONAN PELANJUTAN TEMPOH EKSPORT DI BAWAH SEKSYEN 40 AKTA CUKAI JUALAN 2018 (PULANG BALIK CUKAI JUALAN) DAN PERINTAH CUKAI JUALAN (ORANG YANG DIKECUALIKAN DARIPADA PEMBAYARAN CUKAI) 2018
-
20 Mac 2023BERITA 18 : PENANGGUHAN PENGENAAN CUKAI JUALAN KE ATAS BARANG BERNILAI RENDAH (LOW VALUE GOODS - LVG)
-
20 Dis 2022BERITA 17 : PEMAKLUMAN LVG 1 / 2023 (6 JANUARI 2023)