Pendaftaran Perniagaan
  • Pengilang barang bercukai adalah dikehendaki / bertanggungan untuk berdaftar apabila;
    • NILAI JUALAN BARANG BERCUKAI telah melebihi RM500 000 untuk tempoh 12 bulan;
  • Pengilang-pengilang yang membuat kerja sub-kontrak ke atas barang bercukai di mana NILAI kerja yang dibuat melebihi RM500 000 untuk tempoh 12 bulan.
    • Barang bercukai terdiri daripada:
      • Pengilang berdaftar, bukan pengilang berdaftar dan pengilang di kawasan khas (ZPB dan GPB).
  • Nota: Orang Berdaftar akan dikenali sebagai Pengilang Berdaftar.
  • Pendaftaran Sukarela
    • Barang bercukai – di bawah nilai ambang.
    • Orang yang dikecualikan daripada pendaftaran.
  • Pengiraan Nilai Ambang
    • Pengilang-pengilang mesti mengira nilai jualan pembekalan barang bercukai untuk tempoh 12 bulan menggunakan kaedah-kaedah berikut:
      • Kaedah Kebelakang;
        • Nilai keseluruhan jualan barang bercukai dalam bulan berkenaan dan 11 bulan terdahulu;
      • Kaedah Kehadapan;
        • Nilai keseluruhan jualan barang bercukai dalam bulan berkenaan dan 11 bulan kehadapan.
  • Pengecualian Dari Berdaftar
    • Pengilang bukan barang bercukai*.
    • Pengilang di bawah nilai ambang.
    • Pengilang sub-kontraktor di bawah nilai ambang.
    • Aktiviti-aktiviti pengilangan yang dikecualikan daripada berdaftar. Contoh:
      • Tukang jahit
      • Pemasangan lekapan barang ke dalam bangunan
      • Tukang emas, ahli optic
    • * Tidak layak untuk pendaftaran sukarela
  • Pendaftaran Tempoh Peralihan
    • Pengilang yang bertanggungan untuk berdaftar perlu mendaftar sebelum 1 September 2018
      • Tarikh kuatkuasa pendaftaran adalah pada 1 September 2018
  • Pendaftaran Secara Automatik
    • Pengilang-pengilang yang telah menjadi Orang Berdaftar GST yang telah dikenal pasti dan memenuhi kriteria yang dikehendaki akan didaftarkan secara automatik sebagai Pengilang Berdaftar di bawah Cukai Jualan.
    • Pengilang Berdaftar perlu mengenakan cukai mulai 1 September 2018
  • Tidak Didaftarkan Secara Automatik
    • Orang Berdaftar GST yang memenuhi kriteria yang diperlukan tetapi tidak didaftarkan secara automatik pada 1 September 2018 perlu membuat pemohonan pendaftaran dalam tempoh 30 hari dari tarikh kuatkuasa.

Layak untuk Pendaftaran

  • Perkhidmatan yang disediakan oleh Pembekal Perkhidmatan dari Kumpulan G nombor 1-8 tidak termasuk perkhidmatan tersebut jika disediakan berkaitan dengan:
  1. barangan atau tanah di luar Malaysia atau jika perkara itu berkaitan dengan negara di luar Malaysia; atau
  2. sebarang yuran statutori yang dibayar kepada kerajaan atau badan berkanun
  • Kadar Cukai dipinda kepada :-  
    • 6% (1 Sept 2018 – 29 Feb 2024)
    • 8% (mulai 1 Mac 2024) kecuali F&B, Parking, Logistik & Telekomunikasi - 6%
    • Peruntukan perkhidmatan kad kredit atau kad caj
      • Kadar cukai spesifik RM 25 akan dikenakan atas pengeluaran kad utama atau kad tambahan dan setiap tahun berikutnya atau sebahagian daripadanya.
  • Pengiraan Nilai Ambang
    • Mandatori
      • Mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan bercukai adalah bertanggungan untuk berdaftar jika –
        • dalam keadaan jumlah amaun perkhidmatan bercukai yang disediakan olehnya dalam tempoh 12 bulan telah melebihi RM500 000 dan tanggungan untuk berdaftar adalah pada masa berikut mengikut yang mana-mana terdahulu:
    • Kaedah Kebelakang;
      • Nilai keseluruhan jualan barang bercukai dalam bulan berkenaan dan 11 bulan terdahulu;
    • Kaedah Kehadapan;
      • Nilai keseluruhan jualan barang bercukai dalam bulan berkenaan dan 11 bulan kehadapan.
        • dalam keadaan tiada amaun perkhidmatan bercukai ditetapkan, tanggungan untuk berdaftar adalah pada tarikh permulaan perniagaan
  • Pendaftaran Sukarela -
    • Melalui permohonan;
    • Menyediakan perkhidmatan bercukai;
      • umlah amaun perkhidmatan bercukai yang disediakan olehnya dalam tempoh 12 bulan adalah RM500 000 dan ke bawah.
    • Tertakluk kepada syarat yang ditentukan oleh KP
  • Pendaftaran Cawangan dibenarkan untuk Cukai Perkhidmatan.
  • Pendaftaran Kumpulan tidak terpakai.
  • Pendaftaran Tempoh Peralihan
    • Pembekal Perkhidmatan Yang Dikenakan Cukai perlu mendaftar sebelum 1 September 2018
    • Pendaftaran tarikh berkuat kuasa akan dibuat pada 1 September 2018
  • Pendaftaran Automatik pada 1 September 2018
    • Penyediaan Perkhidmatan Yang Dikenakan Cukai bagi Orang Berdaftar GST yang telah dikenal pasti dan memenuhi kriteria yang ditetapkan kan didaftarkan secara automatik sebagai Orang Berdaftar di bawah Cukai Perkhidmatan.
    • Orang Berdaftar perlu mengenakan cukai mulai 1 September 2018
  • Tidak Didaftarkan Secara Automatik
    • Orang berdaftar GST yang memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk didaftarkan tetapi tidak didaftarkan pada 1 September 2018 perlu memohon pendaftaran di bawah Cukai Perkhidmatan dalam tempoh 30 hari dari tarikh berkuatkuasa.
  • Senarai Kod Jenis Perkhidmatan Bercukai dan Nilai Ambang
KUMPULAN A
KOD JENIS PERKHIDMATAN PENYEDIA PERKHIDMATAN BERCUKAI PENYEDIA PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN BERCUKAI NILAI AMBANG
9901.01.0650 Penginapan Mana-mana orang yang mengendalikan penginapan termasuk hotel, rumah tumpangan, rumah perniagaan, pangsapuri servis, rumah inapan dan establismen lain yang seumpamanya. Penyediaan semua perkhidmatan dan penyediaan atau jualan makanan, minuman dan produk tembakau RM 500,000.00
KUMPULAN B
KOD JENIS PERKHIDMATANPENYEDIA PERKHIDMATAN BERCUKAIPENYEDIA PERKHIDMATANPERKHIDMATAN BERCUKAINILAI AMBANG
9902.01.2651Makanan & Minuman1. Mana-mana orang yang mengendalikan restoran, bar, snek-bar, kantin, rumah kopi atau mana-mana tempat yang menyediakan makanan dan minuman.
● sama ada dimakan kesemuanya atau sebahagiannya atau dibawa pulang
● Tidak termasuk sesebuah kantin yang terletak dalam institusi pendidikan; atau sesebuah kantin yang dikendalikan oleh badan atau institusi keagamaan.
2. Mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan katering
3. Mana-mana orang yang mengendalikan medan selera
Semua perkhidmatan termasuk makan atau minuman yang disediakan atau dihidang; dan jualan produk tembakau, minuman alkohol atau bukan alkohol
RM 1,500,000.00
KUMPULAN C
KOD JENIS PERKHIDMATAN PENYEDIA PERKHIDMATAN BERCUKAI PENYEDIA PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN BERCUKAI NILAI AMBANG
9903.01.0652 Kelab Malam 1. Kelab malam, dewan tari-menari atau kabinet
2. Rumah Awam Kelas Pertama, Kelas Kedua atau Kelas Ketiga atau Rumah Bir Kelas Pertama atau Kelas Kedua
3. Mana-mana yang mengendalikan pusat kesihatan
4. Kesejahteraan, rumah urut atau tempat yang serupa yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan
Penyediaan semua perkhidmatan dan penyediaan atau jualan makanan, minuman dan produk tembakau
RM 500,000.00
9903.01.0653 Dewan Tari-menari
9903.01.0654 Pusat Kesihatan
9903.01.0655 Rumat Urut
9903.01.0656 Rumah Awam
9903.01.0657 Rumah Bir
9903.07.0691 Pusat Karaoke
KUMPULAN D
KOD JENIS PERKHIDMATAN PENYEDIA PERKHIDMATAN BERCUKAI PENYEDIA PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN BERCUKAI NILAI AMBANG
9904.01.1658 Kelab Persendirian Kelab Persendirian Penyediaan semua perkhidmatan dan penyediaan atau jualan makanan, minuman dan produk tembakau
RM 500,000.00
KUMPULAN E
KOD JENIS PERKHIDMATAN PENYEDIA PERKHIDMATAN BERCUKAI PENYEDIA PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN BERCUKAI NILAI AMBANG
9905.01.1659 Kelab Golf & Lapangan Sasar Golf Kelab Gold dan lapangan sasar golf Penyediaan semua perkhidmatan dan penyediaan atau jualan makanan, minuman dan produk tembakau
RM 500,000.00
KUMPULAN F
KOD JENIS PERKHIDMATANPENYEDIA PERKHIDMATAN BERCUKAIPENYEDIA PERKHIDMATANPERKHIDMATAN BERCUKAINILAI AMBANG
9906.01.1660Pertaruhan & PerjudiaanMana-mana orang yang dilesenkan di bawah apa-apa undang-undang bertulis melibatkan pertaruhan, ambil tagan, loteri, mesin perjudian atau permainan mengadu nasib.1. Perkhidmatan pertaruhan dan perjudian yang melibatkan pertaruhan, ambil tagan, loteri, mesin perjudian atau permainan mengadu nasib.
2. Mengendalikan perlawanan yang melibatkan pertaruhan, ambil tagan, loteri, mesin perjudian atau permainan mengadu nasib.
3. Mengendalikan atau membenarkan pengendalian permainan kad atau apa-apa permainan lain oleh pengendali kasino
RM 500,000.00
KUMPULAN G
KOD JENIS PERKHIDMATANPENYEDIA PERKHIDMATAN BERCUKAIPENYEDIA PERKHIDMATANPERKHIDMATAN BERCUKAINILAI AMBANG
9907.01.0670Peguambela, Peguamcara dan Peguam SyariePeguambela, Peguamcara dan Peguam SyariePenyediaan perkhidmatan perundangan termasuk perkhidmatan perundangan ke atas perkara perundangan dan caj lain yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan perundangan.
RM 500,000.00
9907.02.0669Akauntan AwamAkauntan AwamPenyediaan perkhidmatan kejuruteraan perundingan atau perkhidmatan profesional lain dan caj lain yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan kejuruteraan
9907.03.0673Juruukur berlesen atau berdaftar termasuk penilai, penaksir atau ejen hartanah berdaftarJuruukur berlesen atau berdaftar termasuk penilai, penaksir atau ejen hartanah berdaftarPenyediaan semua jenis perkhidmatan mengukur termasuk perkhidmatan penilaian, penaksiran, agensi hartanah atau perundingan profesional dan caj lain yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan mengukur
9907.04.0671Jurutera ProfesionalJurutera ProfesionalPenyediaan perkhidmatan kejuruteraan perundingan atau perkhidmatan profesional lain dan caj lain yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan kejuruteraan
9907.05.0672ArkitekArkitekPenyediaan perkhidmatan seni bina termasuk perkhidmatan perundingan profesional dan caj lain yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan seni bina
9907.06.1674Perkhidmatan PerundinganPerkhidmatan perundingan tidak termasuk syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak

Perkhidmatan perundingan professional dan caj lain yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan perundingan tidak termasuk:

1. Penyediaan perkhidmatan perundingan yang berhubungan dengan rawatan perubatan dan pembedahan yang disediakan oleh klinik persendirian atau klinik pakar; atau
2. Penyediaan perkhidmatan perundingan yang dibekalkan berkaitan dengan barang atau tanah yang terletak di luar Malaysia

9907.07.1675Perkhidmatan Pengurusan

Mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan pengurusan tidak termasuk perkhidmatan pengurusan yang disediakan oleh:

1. Pemaju, badan pengurusan bersama atau badan pengurusan kepada pemilik bangunan yang dipegang di bawah hak milik strata.
2. Aset dan tabung pengurus.

Penyediaan semua jenis perkhidmatan pengurusan dan caj lain yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan pengurusan termasuk pengurusan atau penyelarasan projek.
9907.08.1668Perkhidmatan PekerjaanPerkhidmatan Pekerjaan

Penyediaan semua jenis perkhidmatan pekerjaan tidak termasuk:

1. Penyediaan perkhidmatan pekerjaan dalam bentuk penempatan pekerja secara sementara atau membekal pekerja untuk bekerja dengan orang lain bagi suatu tempoh masa; atau
2. Penyediaan perkhidmatan pekerjaan untuk pekerjaan di luar Malaysia.

9907.09.1667Agensi persendirian (Pengawal/Perlindungan)Agensi persendirianProvision of guards or the protection or security of person, property or
business excluding such services to guard or protect the above which is situated outside Malaysia
9907.10.1676Perkhidmatan Teknologi MaklumatMana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat

Penyediaan semua jenis perkhidmatan teknologi maklumat tidak termasuk:

1. Penyediaan atau jualan barang-barang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan teknologi maklumat;
2. Penyediaan perkhidmatan teknologi maklumat berkaitan dengan barang atau tanah yang terletak di luar Malaysia.

9907.12.1690Platform dalam talianPlatform dalam talianPlatform dalam talian
9907.13.1694Penyenggaraan atau PembaikanPenyenggaraan atau PembaikanPenyenggaraan atau Pembaikan
KUMPULAN H
KOD JENIS PERKHIDMATANPENYEDIA PERKHIDMATAN BERCUKAIPENYEDIA PERKHIDMATANPERKHIDMATAN BERCUKAINILAI AMBANG
9908.01.0678Kad Kredit / Perkhidmatan kad CajMana-mana orang yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan menyediakan kad kredit atau perkhidmatan kad caj melalui pengeluaran suatu kad kredit atau kad caj.Penyediaan perkhidmatan kad kredit atau kad caj melalui pengeluaran kad kredit utama, kad caj utama, kad kredit tambahan atau kad caj tambahan, sama ada dikenakan atau tidak yuran atau fi tahunan
tidak termasuk kad bahan api dan kad caj dalam komuniti tertutup cth. institusi pendidikan atau kelab sukan oleh pelajar atau ahlinya
Tiada Nilai Ambang
KUMPULAN I
KOD JENIS PERKHIDMATANPENYEDIA PERKHIDMATAN BERCUKAIPENYEDIA PERKHIDMATANPERKHIDMATAN BERCUKAINILAI AMBANG
9909.01.0661Insuran & TakafulPenanggung Insurans atau engendali takaful1. Penyediaan semua jenis kontrak insuran atau sijil takaful untuk melindungi dari risiko di Malaysia yang ditanggung kepada seorang individu tidak termasuk insurans atau takaful kesihatan dan kontrak insuran nyawa atau sijil takaful keluarga.
2. Penyediaan semua jenis kontrak insurans atau sijil takaful kepada semua pertubuhan perniagaan tidak termasuk –
a. Penginsuranan atau takaful untuk melindungi risiko yang berhubungan dengan pengangkutan orang atau barang-barang dari sesuatu tempat di luar Malaysia ke sesuatu tempat di luar Malaysia.
b. Penginsuranan atau takaful untuk melindungi risiko yang berhubungan dengan eksport barangan, perkhidmatan atau pelaburan di luar Malaysia

c. Penyediaan kontrak insuran atau sijil takaful untuk melindungi risiko di luar Malaysia
RM 500,000.00
9909.01.0662TelekomunikasiPembekal Perkhidmatan TelekomunikasiPerkhidmatan telekomunikasi dan perkhidmatan lain yang berkaitan tidak termasuk penyediaan perkhidmatan kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi lain.
9909.08.1679Pembekal Perkhidmatan Televisyen BerbayarPembekal Perkhidmatan Televisyen BerbayarPenyediaan perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar
9909.04.1664Pengendali tempat letak keretaPengendali tempat letak keretaPenyediaan ruang letak kereta untuk kenderaan bermotor jika bayaran meletak dikenakan.
RM 500,000.00
9909.05.1666Servis Kenderaan BermotorServis kenderaan bermotor atau pusat membaiki atau menyediakan perkhidmatan kenderaan bermotor atau perkhidmatan membaikiProvision of general servicing, engine repairs and tuning, changing, adjusting and fixing of parts,
wheel balancing, wheel alignment or body repairs including knocking, welding or repainting of motor vehicles.
9909.07.1676Perkhidmatan sewa dan pandu kenderaan motor penumpangHire-and-drive passenger motor vehicle and hire-passenger motor vehicle licensed by Land Public Transport Commission,
Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987 and Tourism Vehicles Licensing Act 1999
Penyediaan perkhidmatan kereta sewa dan pandu atau kereta sewa termasuk sewa mana-mana jenis kenderaan motor penumpang dengan atau tanpa pemandu yang dilesenkan di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat di Semenanjung Malaysia dan dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334] bagi Sabah dan Sarawak
9909.08.1677Perkhidmatan PengiklananPerkhidmatan PengiklananPenyediaan semua perkhidmatan pengiklanan tidak termasuk penyediaan perkhidmatan itu untuk promosi di luar Malaysia.
9909.09.1680ElektrikPerkhidmatan penghantaran dan pengedaran elektrikProvision of electricity to any domestic consumer excluding for
the first tidak termasuk 600 kWh pertama bagi suatu tempoh minimum dua puluh lapan hari untuk satu kitaran pembilan oleh pengguna itu.
9909.10.1681Perkhidmatan UdaraAirline operator licensed under section 35 of Malaysian Aviation Commission Act 2015 [Act 771]
or air service permit under section 36 of Malaysian Aviation Commission Act 2015
Penyediaan perkhidmatan pengangkutan udara penumpang tidak termasuk penyediaan perkhidmatan pengangkutan udara penumpang yang dinyatakan di bawah Perjanjian Perkhidmatan Udara Luar Bandar.
9909.13.1684PembersihanPembersihanPembersihan
9909.12.1683Pembrokeran atau PenajajaminanPembrokeran atau PenajajaminanPembrokeran atau Penajajaminan
KUMPULAN J
KOD JENIS PERKHIDMATANPENYEDIA PERKHIDMATAN BERCUKAIPENYEDIA PERKHIDMATANPERKHIDMATAN BERCUKAINILAI AMBANG
9910.02.0693LogistikLogistikLogistik
RM 500,000.00
9909.06.1665Perkhidmatan PosOperator Perkhidmatan PosPenyediaan perkhidmatan pengiriman cepat bagi dokumen atau bungkusan yang tidak melebihi 30 kilogram setiap satu tidak termasuk penyediaan perkhidmatan pengiriman cepat bagi dokumen atau bungkusan:
1. dari sesuatu tempat di luar Malaysia ke sesuatu tempat di luar Malaysia;
2. dari sesuatu tempat di dalam Malaysia ke sesuatu tempat di luar Malaysia; atau
3. from a place outside Malaysia to a place within Malaysia and includes the
provision of courier delivery services within Malaysia that forms parts of the service
referred to in subparagraphs (ii) and (iii) where the service is provided by the same person
9910.02.0693Penghantaran e-dagangPenghantaran e-dagangPenghantaran e-dagang
9909.03.0663Agensi PenghantaranEjen KastamPenyediaan perkhidmatan pelepasan barang daripada kawalan kastam.
Tiada Nilai Ambang