BERITA 21 : PENGECUALIAN CUKAI JUALAN KE ATAS ALAT BANTUAN PENGILANGAN (MANUFACTURING AIDS) DAN PERALATAN CLEANROOM

1. Untuk makluman, Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) (Pindaan) (No.3) 2023 telah berkuatkuasa bermula 1 Januari 2024.

2. Sehubungan itu, mana-mana orang atau pengilang yang layak boleh memohon pengecualian cukai jualan ke atas alat bantuan pengilangan (manufacturing aids) dan peralatan cleanroom bermula 1 Januari 2024.

3. Alat bantuan pengilangan (manufacturing aids) dan peralatan cleanroom yang dimohon hendaklah menepati ciri-ciri yang ditetapkan dan tersenarai dalam Ketetapan Umum Bil. 2/2024 : Alat Bantuan Pengilangan (Manufacturing Aids) dan Peralatan Cleanroom.

4. Berikut adalah perundangan serta panduan yang berkaitan untuk rujukan:

4.1 Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) (Pindaan) (No.3) 2023. (Tekan Disini)

4.2 Ketetapan Umum Bil. 02 / 2024 : Alat Bantuan Pengilangan (Manufacturing Aids) dan Peralatan Cleanroom. (Tekan Disini)

4.3 Panduan Pengecualian Cukai Jualan di Bawah Jadual B, Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018 (Tekan Disini)

4.4 Panduan Pengecualian Cukai Jualan Di Bawah Jadual C, Perintah Cukai Jualan (Orang yang Dikecualikan daripada Pembayaran Cukai) 2018. (Tekan Disini)

4.5 Permohonan Senarai Alat Bantuan Pengilangan (Manufacturing Aids) di Bawah Jadual B & C Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018. (Tekan Disini)

4.6 Permohonan Senarai Peralatan Cleanroom di Bawah Jadual B & C Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018. (Tekan Disini)

5. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi Cawangan Dasar Cukai Jualan di talian 03-8882 2100 Samb. 1534.