Glosari
Asas Akruan
Perakaunan asas akruan adalah untuk merekodkan hasil sebaik sahaja invois yang berkaitan dikeluarkan kepada pelanggan. Kelebihan utama asas akruan adalah bahawa ia sepadan dengan perbelanjaan yang berkaitan, supaya kesan lengkap urus niaga perniagaan boleh dilihat dalam tempoh satu laporan.
Agen
Seseorang yang bertindak bagi pihak prinsipal di luar negara dalam menguruskan pembekalan yang dikenakan cukai di Malaysia.
Perniagaan
Perniagaan termasuk apa-apa perdagangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau apa-apa aktiviti lain yang seumpamanya sama ada atau tidak adalah untuk keuntungan.
Balasan
Sebarang pembayaran yang dibuat atau akan dibuat dalam bentuk wang atau bukan wang berhubung dengan transaksi atau perdagangan.
Pengangkut
Termasuklah apa-apa vesel, kereta api, kenderaan, pesawat udara atau apa-apa cara pengangkutan lain yang dengannya orang atau barang boleh dibawa
Tribunal Rayuan Kastam
Ertinya Tribunal Rayuan Kastam yang ditubuhkan di bawah seksyen 141B Akta Kastam 1967.
Ketetapan Kastam
Ertinya apa-apa ketetapan kastam yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 44
Ketua Pengarah
Ertinya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967
Bekalan Dikecualikan
• Pembekalan barang atau perkhidmatan yang tidak tertakluk kepada CJP.
• Senarai pembekalan yang dikecualikan hendaklah ditetapkan oleh Menteri dalam Perintah yang disiarkan dalam warta.
• Senarai pembekalan yang dikecualikan hendaklah ditetapkan oleh Menteri dalam Perintah yang disiarkan dalam warta.
FPX
FPX adalah gerbang pembayaran terus ke Bank di bawah pembayaran Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) yang memudahkan Pindahan antara Bank melalui akaun simpanan dan semasa
Buku panduan
buku yang mengandungi arahan atau nasihat tentang cara melakukan sesuatu atau maklumat yang paling penting dan berguna tentang sesuatu subjek
Perkhidmatan Diimport
Semua bentuk pembekalan barang atau perkhidmatan termasuk pembekalan perkhidmatan diimport dan dilakukan untuk suatu balasan. Apa sahaja yang bukan pembekalan barang tetapi dilakukan bagi suatu balasan adalah pembekalan perkhidmatan.
Invois
Suatu invois yang dikehendaki dikeluarkan oleh seseorang berdaftar yang mengandungi butir-butir yang ditetapkan berkenaan dengan apa-apa bekalan bercukai barang atau perkhidmatan yang dibuat di Malaysia.
Kawasan Pembangunan Bersama
mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand 1990 [Akta 440]
Labuan
Pulau Labuan dan pulau-pulau tanggungannya, iaitu Rusukan Besar, Rusukan Kecil, Keraman, Burong, Papan dan Daat
Langkawi
ertinya Pulau Langkawi dan semua pulau yang berdampingan dengannya yang terletak lebih hampir dengan Pulau Langkawi daripada tanah besar
Gudang Pengilangan Berlesen
Ertinya suatu gudang berlesen yang berkenaan dengannya suatu lesen tambahan untuk menjalankan apa-apa proses pengilangan telah diberikan di bawah seksyen 65a Akta Kastam 1967
Gudang Berlesen
Ertinya apa-apa gudang atau tempat yang dilesenkan di bawah seksyen 65 Akta Kastam 1967 [Akta 235]
Perkongsian Liabiliti Terhad
Mempunyai makna yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743]
Pembuatan
(a) berhubung dengan barang selain petroleum, penukaran bahan organik atau bukan organik secara manual atau mekanikal kepada produk baharu dengan menukar saiz, bentuk, komposisi, sifat atau kualiti bahan tersebut dan termasuk pemasangan bahagian-bahagian ke dalam sekeping mesin atau keluaran lain, tetapi tidak termasuk pemasangan jentera atau kelengkapan bagi maksud pembinaan; dan
(b) berhubung dengan petroleum, apa-apa proses pengasingan, penulenan, penapisan, penukaran dan pengadunan.
If any question arises as to the meaning of " manufacture " ,such question shall be decided by the Minister whose decision shall be final.
(b) berhubung dengan petroleum, apa-apa proses pengasingan, penulenan, penapisan, penukaran dan pengadunan.
If any question arises as to the meaning of " manufacture " ,such question shall be decided by the Minister whose decision shall be final.
Orang Berdaftar
Mana-mana orang yang membuat pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan dalam penerusan perniagaan di Malaysia.
Pelepasan
Kuasa Menteri untuk memberikan pelepasan kepada mana-mana orang atau kelas orang tertentu daripada pembayaran keseluruhan atau mana-mana bahagian CJP perlu dibayar berhubung dengan pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan.
Jualan
Termasuklah barter, pelupusan barang dengan hak untuk membeli atau atas terma yang memperuntukkan bahawa penjual mengekalkan kepentingan dalam barang itu, dan penghantaran barang di bawah apa-apa syarat berkenaan dengan pembayaran pada masa hadapan
Ekonomi Bayang-Bayang / Ekonomi Hitam
Merujuk kepada aktiviti perniagaan yang tidak boleh dikesan dan dicukai yang mana tidak dapat ditunjuk atau digambar di dalam pengiraan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Invois Cukai Dipermudahkan
Invois yang hanya mengandungi butir-butir asas tertentu yang tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Kastam.
Kawasan Khas
Ertinya mana-mana zon bebas, gudang berlesen dan gudang pengilangan berlesen, dan Kawasan Pembangunan Bersama.
Tempoh Bercukai
Tempoh jarak waktu biasa di mana orang kena cukai adalah bertanggungjawab untuk mengakaun dan membayar kepada kerajaan tanggungan CJP beliau. Tempoh bercukai standard adalah pada setiap 2 bulan.