Memahami SST
Apakah Cukai Perkhidmatan
- Cukai kepengunaan seperingkat yang dilevi dan dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu oleh orang kena cukai di Malaysia.
- Cukai perkhidmatan yang dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai diimport.
- Mana-mana orang dalam perniagaan yang menyediakan perkhidmatan bercukai di tempat/establismen yang ditetapkan dan mana-mana orang yang yang menjalankan perniagaan menerima perkhidmatan bercukai dari penyedia perkhidmatan luar negara
- Perkhidmatan bercukai adalah sebarang perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai.
Bilakah Cukai Perkhidmatan dikenakan?
- Cukai perkhidmatan hendaklah genap masa pada masa pembayaran diterima oleh orang berdaftar ke atas perkhidmatan bercukai yang disediakan kepada pelanggan.
- Cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan bercukai diimport hendaklah genap masa pada masa pembayaran dibuat atau invois diterima bagi perkhidmatan itu, mana-mana yang lebih awal.
Apakah Cukai Jualan?
- Cukai peringkat tunggal yang dikenakan ke atas barang-barang yang diimport dan dikilangkan di Malaysia oleh orang yang kena cukai dan dijual, diguna atau dilupuskan.
Nilai Ambang
- Mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan bercukai bertanggungan untuk berdaftar jika nilai perkhidmatan bercukai yang disediakan dalam tempoh 12 bulan melebihi nilai ambang yang ditetapkan.
Tempoh Bercukai
- Tempoh bercukai standard untuk SST (kedua-dua Cukai Jualan dan Perkhidmatan) ialah dua bulan sekali (sekali dalam masa 2 bulan).