BERITA 6: LAPORAN YANG PERLU DISEDIAKAN BAGI PENGECUALIAN DI BAWAH JADUAL C

Laporan Yang Perlu Disediakan Bagi Pengecualian Di bawah Jadual A bagi butiran , Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018

Jenis Laporan Butiran Tanggungjawab
Laporan CJ(P) Jadual C-01 1, 2, 3 dan 4 Pengilang berdaftar
Laporan CJ(P) Jadual C-02 3 dan 4 Orang yang bertindak bagi pihak pengilang berdaftar
Laporan CJ(P) Jadual C-03 5 Pengilang berdaftar yang menghantar barang untuk disiapkan oleh subkontraktor

1. Laporan CJ(P) Jadual C-01 dan Laporan CJ(P) Jadual C-02 hendaklah disediakan pada setiap tiga (3) bulan dari tarikh sijil pengecualian.

2. Manakala, Laporan CJ(P) Jadual C-01 hendaklah disediakan pada setiap tiga (3) bulan dari tarikh sijil pengecualian sehingga semua barang yang dibeli bagi pihak diserahkan kepada pengilang berdaftar yang melantik.

3. Laporan yang lengkap tidak perlu dicetak dan tidak perlu dihantar kepada Bahagian CDN zone ⁄ negeri yang mengawal sebaliknya hendaklah disimpan oleh syarikat. Walau bagaimanapun, syarikat hendaklah mengemukakan laporan tersebut pada bila-bila masa kepada pegawai cukai jualan ⁄ pegawai audit apabila diminta untuk tujuan semakan.

4. Format Laporan CJ(P) Jadual C-01, Laporan CJ(P) Jadual C-02 dan Laporan CJ(P) Jadual C-03 boleh dimuat turun melalui sistem MySST (Tekan Disini).

5. Laporan yang disediakan perlu ditandatangan oleh pegawai syarikat yang diberi kuasa. Sekiranya laporan tersebut mengandungi banyak muka surat, tandatangan hanya perlu diturunkan pada muka surat terakhir laporan itu yang mengandungi maklumat jumlah keseluruhan.