BERITA 5: Laporan Yang Perlu Disediakan Bagi Pengecualian Di bawah Jadual B, Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018

Laporan Yang Perlu Disediakan Bagi Pengecualian Di bawah Jadual B, Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018

Jenis Laporan Butiran
Laporan CJ(P) Jadual B-01 1, 2, 3 dan 4
Laporan CJ(P) Jadual B-02 4

1. Laporan CJ(P) Jadual B-01 dan Laporan CJ(P) Jadual B-02 hendaklah disediakan pada setiap tiga (3) bulan dari tarikh sijil pengecualian.

2. Laporan yang lengkap tidak perlu dicetak dan tidak perlu dihantar kepada Bahagian CDN zone ⁄ negeri yang mengawal sebaliknya hendaklah disimpan oleh syarikat. Walau bagaimanapun, syarikat hendaklah mengemukakan laporan tersebut pada bila-bila masa kepada pegawai cukai jualan ⁄ pegawai audit apabila diminta untuk tujuan semakan.

3. Format Laporan CJ(P) Jadual B-01 dan Laporan CJ(P) Jadual B-02 boleh dimuat turun melalui sistem MySST (Tekan Disini).

4. Laporan yang disediakan perlu ditandatangan oleh pegawai syarikat yang diberi kuasa. Sekiranya laporan tersebut mengandungi banyak muka surat, tandatangan hanya perlu diturunkan pada muka surat terakhir laporan itu yang mengandungi maklumat jumlah keseluruhan.