BERITA 4: PERMOHONAN UNTUK PENGECUALIAN DI BAWAH JADUAL C DI BAWAH BUTIRAN 3 ATAU 4

Modul baru bagi permohonan sijil pengecualian bagi C3 ⁄ C4 telahpun live di sistem MySST pada 1 Jan 2019. Sehubungan itu sijil lama C3/ C4 tidak boleh digunakan bermula 1 Jun 2019. Terdapat dua (2) pihak yang terlibat dalam proses permohonan sijil pengecualian ini.

1. PENGILANG BERDAFTAR: Melantik orang yang bertindak untuk membeli ⁄ mengimport bagi pihak melalui sistem MySST. Sistem akan menjana nombor kelulusan pelantikan wakil secara automatik.

2. ORANG YANG BERTINDAK BAGI PIHAK PENGILANG BERDAFTAR: Sign up untuk login ke sistem MySST (untuk kali pertama sahaja). Apabila telah diluluskan oleh pegawai kastam, log masuk ke sistem MySST dan jana sijil menggunakan nombor kelulusan pelantikan wakil yang dikemukakan oleh pengilang berdaftar.

Untuk maklumat lanjut permohonan modul baru tersebut Rujuk manual pengguna

Permohonan untuk sijil baru C3 ⁄ C4 adalah berasaskan purchase order ⁄ kontrak ⁄ anggaran belian 3 bulan atau kurang. Sila kemukakan permohonan baru bagi tambahan item. Pengguna tidak boleh mengubah maklumat selepas permohonan dihantar. Sebarang permohonan untuk pembatalan item atau sijil perlu dikemukakan secara manual kepada stesen kastam mengawal menggunakan pautan borang di bawah bersama-sama dengan surat rasmi syarikat.

a) Permohonan Pembatalan (Delete) Item ⁄ Barang Bagi Sijil Pengecualian Di Bawah Jadual B Dan C Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018. Klik Disini
b) Borang Permohonan Pembatalan Pengecualian Di Bawah Jadual B Dan C Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018. Klik Disini