Kemudahan BARU pengecualian cukai jualan sepenuhnya untuk pedagang dan pengilang (pengeksport utama) di Malaysia
Cara memohon:
1. Syarikat yang ingin memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:
a) Syarat-syarat Kelayakan Permohonan AMES (Tekan Disini)
2. Syarikat yang layak hendaklah memohon dengan menggunakan borang permohonan berikut:
a) Borang Permohonan AMES (Tekan Disini)
b) Template Excels Maklumat Barang Bagi Bahagian D, F & G (Tekan Disini)
3. Mulai 1 Januari 2022, borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian Cukai Dalam Negeri (CDN), stesen mengawal zon/negeri di mana premis pemohon beroperasi.
4. Keputusan permohonan akan diberi selewat-lewatnya 14 hari dari tarikh borang permohonan dan dokumen sokongan yang LENGKAP diterima.