Kepada semua pendaftar SST yang telah didaftarkan secara automatik dan juga telah memohon pembatalan melalui e-mel :
Mana-mana orang berdaftar yang menyediakan perkhidmatan bercukai yang ditetapkan kepada orang berdaftar yang layak menikmati pengecualian dikehendaki mengisytiharkan jumlah nilai perkhidmatan bercukai yang dikecualikan tersebut di dalam ruang 18 (c) pada borang SST-02.
Maklumat lanjut mengenai cara mengisi penyata Cukai Jualan ⁄ Cukai Perkhidmatan (SST-02), rujuk kepada Garis Panduan Cukai Jualan ⁄ Cukai Perkhidmatan (SST-02).