1. Mana-mana haulage operator yang disahkan oleh Lembaga Pelaburan Pembangunan Malaysia (MIDA) boleh memohon pengecualian cukai jualan di bawah butiran 65, Jadual A Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Pembayaran Cukai) 2018 ke atas pembelian prime mover atau container trailer tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
2. Mulai 1 Januari 2023, permohonan sijil pengecualian cukai jualan ini hendaklah dibuat melalui sistem MySST dan Vehicles Tax Exemption Monitoring System (eVTEMS).
3. Syarikat perlu membuat permohonan pendaftaran dalam sistem eVTEMS untuk mendapatkan akses ID. Pemohon boleh merujuk kepada Manual Pengguna (Syarikat) seperti di pautan https://evtems.customs.gov.my (Tekan Disini)
4. Sila ambik maklum bahawa setiap permohonan sijil pengecualian cukai jualan adalah sah untuk satu unit prime mover atau container trailer sahaja dan Pemohon akan mendapat kelulusan daripada JKDM sebelum boleh menjana sijil pengecualian melalui sistem MySST.
5. Untuk maklumat lanjut prosedur menjana sijil pengecualian di bawah butiran 65 ini, sila rujuk panduan seperti di bawah:-
a) Panduan Permohonan Sijil Pengecualian Cukai Jualan Di Bawah Butiran 65, Jadual A Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) (Tekan Disini)
b) User Manual Schedule A, MySST – Butiran 65 (Tekan Disini)
c) Manual Pengguna (Syarikat) eVTEMS (Tekan Disini)
BERITA 15 : PERMOHONAN SIJIL PENGECUALIAN CUKAI JUALAN DI BAWAH BUTIRAN 65, JADUAL A PERINTAH CUKAI JUALAN (ORANG YANG DIKECUALIKAN DARIPADA PEMBAYARAN CUKAI) 2018
Berita Terbaru
-
31 Dis 2023BERITA 21 : PENGECUALIAN CUKAI JUALAN KE ATAS ALAT BANTUAN PENGILANGAN (MANUFACTURING AIDS) DAN PERALATAN CLEANROOM
-
30 Nov 2023BERITA 20 : PERMOHONAN SIJIL PENGECUALIAN CUKAI JUALAN DI BAWAH BUTIRAN 5B, 5C DAN 5D, JADUAL A PERINTAH CUKAI JUALAN (ORANG YANG DIKECUALIKAN DARIPADA PEMBAYARAN CUKAI) 2018
-
20 Okt 2023BERITA 19 : PERMOHONAN PELANJUTAN TEMPOH EKSPORT DI BAWAH SEKSYEN 40 AKTA CUKAI JUALAN 2018 (PULANG BALIK CUKAI JUALAN) DAN PERINTAH CUKAI JUALAN (ORANG YANG DIKECUALIKAN DARIPADA PEMBAYARAN CUKAI) 2018
-
20 Mac 2023BERITA 18 : PENANGGUHAN PENGENAAN CUKAI JUALAN KE ATAS BARANG BERNILAI RENDAH (LOW VALUE GOODS - LVG)
-
20 Dis 2022BERITA 17 : PEMAKLUMAN LVG 1 / 2023 (6 JANUARI 2023)