BERITA 1: PERMOHONAN KEMUDAHAN POTONGAN CUKAI (DAHULU DIKENALI SEBAGAI SISTEM KREDIT)

Selaras dengan pindaan Akta Cukai Jualan 2018 dengan tambahan Seksyen 41A-Pemotongan Cukai Jualan melalui Akta Kewangan 2018 kemudahan potongan cukai atau dahulunya dikenali sebagai sistem kredit boleh digunakan oleh pengilang berdaftar berkuatkuasa pada 1 Jan 2019 melalui langkah dibawah namun tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1. PENDAFTARAN: Mohon sebagai pengguna potongan cukai melalui sistem MySST. Kelulusan diberikan secara automatik. Kemudahan potongan cukai hanya diberi bermula daripada tarikh efektif surat kelulusan potongan cukai. Rujuk manual pengguna melalui link ini. 

2. POTONGAN MELALUI TEMPOH BERCUKAI: Masukkan maklumat pembelian mengikut tempoh bercukai sebelum mengemukakan penyata SST-02. Sistem akan membuat tolakan cukai di penyata SST-02 melalui amaun potongan cukai yang diluluskan. Link permohonan ini masih belum lagi diaktifkan buat masa ini dan akan diaktifkan dalam masa terdekat.