Latar Belakang

Cukai Jualan ialah cukai yang dicaj dan dilevi:-

  • atas pembekalan barang bercukai yang dikilangkan di Malaysia orang yang kena cukai dan dijual, diguna atau dilupus orang itu
  • atas pembekalan barang bercukai yang diimport ke dalam Malaysia.

Cukai Jualan tidak dicaj ke atas:-

  • Barang yang disenaraikan dibawah Cadangan Perintah Cukai Jualan (Barang Yang Dikecualikan Cukai Jualan);
    • Aktiviti pengilangan tertentu adalah yang dikecualikan oleh Menteri Kewangan melalui Cadangan Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Daripada Berdaftar).

Bagaimana Cukai Jualan Berfungsi?

Orang Kena Cukai (OKC)

Orang kena cukai adalah orang yang mengilang barang bercukai dan adalah:-

  • layak untuk berdaftar
    • mencapai jualan nilai ambang
      • Pengilang -- RM 500,000.00
      • Sub-kontraktor -- RM 500,000.00
  • berdaftar di bawah Perundangan Cukai Jualan
    • Pendaftaran Mandatori
    • Pendaftaran Secara Sukarela
Bilakah Cukai Perkhidmatan dikenakan?
  • perkhidmatan bercukai
  • disediakan di Malaysia
  • oleh orang berdaftar yang menjalankan perniagaan
  • perkhidmatan bercukai diimport (1 Januari 2019)
Nilai Ambang:-
  • Mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan bercukai bertanggungan untuk berdaftar jika nilai perkhidmatan bercukai yang disediakan dalam tempoh 12 bulan melebihi nilai ambang yang ditetapkan.
Kadar Cukai
  • 6% (1 September 2018 hingga 29 Februari 2024)
  • 8% (mulai 1 Mac 2024) kecuali bagi perkhidmatan makanan dan minuman (F&B), tempat letak kereta, logistik dan telekomunikasi kekal pada kadar 6%.
  • Peruntukan perkhidmatan kad kredit atau kad caj:
    • Kadar cukai spesifik RM25 akan dikenakan atas pengeluaran kad utama atau kad tambahan dan setiap tahun berikutnya atau sebahagian daripadanya.
  • Mulai 1 Julai 2025, skop Cukai Perkhidmatan diperluaskan meliputi perkhidmatan baharu seperti berikut:
    1. Sewaan atau pajakan 6% (Mulai 1 Jan 2026)
    2. Kerja pembinaan 6%
    3. Kewangan 8%
    4. Penjagaan kesihatan swasta 6%
    5. Pendidikan 6%
Pendaftaran:- Mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan bercukai yang ditetapkan di bawah Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 dikehendaki berdaftar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan. Perkhidmatan bercukai adalah seperti berikut : Bagaimana cukai perkhidmatan dikenakan
  •