FAQ Kadar Cukai Jualan 2025
Soalan Lazim (FAQ) berkaitan Peralihan Perubahan Kadar Cukai Jualan 2025
J : Perubahan kadar cukai jualan yang baharu berkuat kuasa pada 1 Julai 2025.
J : Senarai barang yang terlibat dengan perubahan kadar cukai jualan adalah seperti berikut:
i. Kadar 5% dan kadar spesifik boleh dirujuk di bawah Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2025.
ii. Barang yang dikecualikan boleh dirujuk di bawah Perintah Cukai Jualan (Barang Yang Dikecualikan Daripada Cukai) 2025.
Jika barang tersebut tiada dalam kedua-dua perintah di atas, maka barang tersebut adalah berkadar 10%. Kedua-dua perintah ini boleh dirujuk di pautan https://mysst.customs.gov.my/.
J : Berdasarkan seksyen 3, Akta Cukai Jualan 2018 maksud mengilang adalah penukaran secara manual atau mekanikal bahan-bahan organik atau bukan organik kepada suatu produk baharu dengan mengubah saiz, bentuk, komposisi, sifat atau kualiti bahan-bahan itu dan termasuklah pemasangan
bahagian-bahagian ke dalam suatu jentera atau produk lain, tetapi tidak termasuk pemasangan jentera atau kelengkapan bagi maksud pembinaan. Sebarang pertanyaan lanjut, syarikat boleh merujuk ke Bahagian Cukai Dalam Negeri
di negeri.
J : Ya, syarikat tuan perlu berdaftar di bawah seksyen 13, Akta Cukai Jualan 2018 sekiranya jumlah nilai jualan barang bercukai melebihi nilai ambang sebanyak RM 500,000 dalam tempoh 12 bulan.
J : Pendaftaran boleh dibuat atas talian melalui sistem MySST.
Orang yang telah didaftarkan akan menerima pemakluman pendaftaran melalui
emel yang telah didaftarkan.
J : Pendaftaran secara sukarela dibenarkan di bawah seksyen 14, Akta Cukai Jualan 2018 sekiranya tuan mengilang barang-barang bercukai dan tidak mencapai nilai ambang RM500,000.00.
J : Tuan boleh mendapatkan pengesahan kod tarif daripada Bahagian Perkhidmatan Teknik di negeri yang berdekatan. Selepas mendapat pengesahan kod tarif, tuan boleh merujuk kadar cukai jualan melalui Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2025 dan Perintah Cukai Jualan (Barang Yang Dikecualikan Daripada Cukai) 2025. Kadar cukai jualan yang baharu boleh dirujuk di bawah Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2025 dalam portal MySST https://mysst.customs.gov.my/. Sekiranya kod tarif barang tersebut tiada dalam perintah di atas, kadar cukai jualan bagi barang tersebut adalah 10%. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan boleh merujuk ke Bahagian Cukai Dalam Negeri di negeri.