Soalan Lazim (FAQ) Peluasan Skop Cukai Perkhidmatan 2025

Senarai Soalan Lazim (FAQ) Pelaksanaan Peluasan Skop Cukai Perkhidmatan 2025

1. S: Apakah yang dimaksudkan perkhidmatan jagaan kesihatan?

J: Berdasarkan Seksyen 2, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586], perkhidmatan jagaan kesihatan termasuklah perkhidmatan seperti berikut:
(a) perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan, perbidanan, kesihatan berkaitan, farmasi, dan ambulans dan apa-apa perkhidmatan lain yang disediakan oleh profesional jagaan kesihatan;
(b) tempat tinggal bagi maksud apa-apa perkhidmatan yang disediakan di bawah Akta ini;
(c) apa-apa perkhidmatan untuk memeriksa, mendiagnosis, atau merawat orang yang menghidap atau dipercayai menghidap apa-apa penyakit, kecederaan atau hilang upaya minda atau badan;
(d) apa-apa perkhidmatan bagi maksud kesihatan pencegahan atau penggalakan;
(e) apa-apa perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana profesional separa jagaan kesihatan;
(f) apa-apa perkhidmatan bagi mengubati atau mengurangkan apa-apa keadaan luar biasa tubuh manusia dengan menggunakan apa-apa perkakas, kelengkapan, alat, atau peranti atau apa-apa teknologi perubatan lain; atau
(g) apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan.

2. S: Apakah yang dimaksudkan kemudahan jagaan kesihatan?

J: Berdasarkan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586], kemudahan jagaan kesihatan bermaksud mana-mana premis yang dalamnya seorang atau lebih daripada seorang orang awam menerima perkhidmatan jagaan kesihatan.

3. S: Apakah yang dimaksudkan penyedia kemudahan jagaan kesihatan swasta?

J :Berdasarkan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586], penyedia kemudahan jagaan kesihatan swasta merujuk kepada mana-mana orang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan jagaan kesihatan swasta kepada penerima perkhidmatan.

4. S: Apakah yang dimaksudkan kemudahan jagaan kesihatan swasta?

J :Berdasarkan Akta Kemudahan dan
Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586]
facility” means any premises, other than a Government
, kemudahan jagaan kesihatan swasta merujuk kepada mana-mana premis, selain kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan yang digunakan
atau dimaksudkan untuk digunakan bagi menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan, seperti hospital, hospis, pusat jagaan ambulatori, rumah jagaan kejururawatan, rumah bersalin, hospital psikiatri, rumah jagaan psikiatri, pusat kesihatan mental masyarakat, pusat hemodialisis, klinik perubatan, klinik pergigian swasta dan apa-apa premis jagaan kesihatan atau yang berhubungan dengan kesihatan lain yang boleh ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta.

5. S: Apakah yang dimaksudkan dengan bukan warganegara?

J : Bukan warganegara merujuk kepada individu yang bukan warganegara Malaysia tertentu mengikut
undang-undang kewarganegaraan negara Malaysia.

6. S: Apakah yang dimaksudkan dengan kawasan ditetapkan?

J : Berdasarkan Seksyen 2, Akta Cukai Perkhidmatan 2018, kawasan ditetapkan ertinya Labuan, Langkawi, Tioman, Pangkor dan Pulau 1.

7. S : Apakah yang dimaksudkan dengan kawasan khas?

J : Berdasarkan seksyen 77B Akta Kastam 1967 Seksyen 2, Akta Cukai Perkhidmatan 2018, kawasan khas merujuk kepada mana-mana zon bebas, gudang berlesen dan
gudang pengilangan berlesen, Kawasan Pembangunan Bersama,
dan pangkalan bekalan petroleum yang .
dilesenkan dibawah Seksyen 77B Akta Kastam 1967

8. S :Apakah skop perkhidmatan jagaan kesihatan yang tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

J :Berdasarkan Butiran 14, Kumpulan I, Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018, skop perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan kepada bukan warganegara oleh mana-mana kemudahan jagaan kesihatan swasta yang berdaftar dan ditadbir di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586]
adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

9. S : Apakah senarai kemudahan jagaan kesihatan swasta di bawah Akta 586?

J : Senarai kemudahan jagaan kesihatan swasta yang berdaftar dan ditadbir di bawah Akta 586 adalah seperti berikut:
(a) Hospital Swasta
(b) Hospital Psikiatri Swasta
(c) Pusat Jagaan Ambulatori Swasta (ACC)
(d) Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta
(e) Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Swasta
(f) Rumah Bersalin Swasta
(g) Bank Darah Swasta
(h) Pusat Hemodialisis Swasta,(i) Hospis Swasta
(j) Pusat Kesihatan Mental Masyarakat Swasta
(k) Klinik Perubatan Swasta
(l) Klinik Pergigian Swasta
(m) mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan lain yang ditentukan oleh Menteri, dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam Warta; dan
(n) premis jagaan kesihatan swasta yang menggabungkan
mana-mana dua atau lebih daripada dua kemudahan atau perkhidmatan dalam perenggan (a) hingga (m).

10. S : Apakah maksud profesional jagaan kesihatan di kemudahan jagaan kesihatan swasta yang tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

a) Profesional jagaan kesihatan bermaksud mana￾mana pengamal perubatan, pengamal pergigian, ahli farmasi, ahli psikologi klinikal, jururawat, bidan, pembantu perubatan, ahli fisioterapi, ahli terapi pekerjaan dan profesional jagaan kesihatan yang berkaitan lain dan mana-mana orang lain yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan perubatan, kesihatan, pergigian, atau farmaseutikal di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


b) Penjagaan kesihatan profesional mesti menjadi orang yang berdaftar pada badan kawal selia yang sesuai profesional, pergigian, kejururawatan atau perbidanan profesion berkaitan perubatan atau mana-mana badan kawal selia lain dan memegang suatu perakuan amalan yang sah.

11. S : Apakah perkhidmatan jagaan kesihatan oleh kemudahan jagaan kesihatan swasta yang dikenakan cukai perkhidmatan?

J : Perkhidmatan jagaan kesihatan oleh kemudahan jagaan kesihatan swasta kepada bukan warganegara adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan seperti berikut:

(a) Apa-apa perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan, perbidanan, kesihatan berkaitan, farmasi dan ambulan yang disediakan oleh profesional jagaan kesihatan;
(b) Tempat tinggal bagi maksud penyediaan perkhidmatan jagaan kesihatan;
(c) Apa-apa perkhidmatan untuk memeriksa, mendiagnosis, atau merawat seseorang yang menginap atau dipercayai menghidap apa-apa penyakit, kecederaan atau hilang upaya minda atau badan;
(d) apa-apa perkhidmatan bagi maksud kesihatan pencegahan atau penggalakan;
(e) apa-apa perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana profesional separa jagaan kesihatan;
(f) Apa-apa fi perundingan yang disediakan oleh mana-mana profesional jagaan kesihatan dan pengamal perubatan berdaftar;
(g) Apa-apa perkhidmatan bagi mengubati atau mengurangkan apa-apa keadaan luar biasa tubuh manusia dengan menggunakan apa-apa perkakas, kelengkapan, alat, atau peranti atau apa-apa teknologi perubatan lain;
(h) Apa-apa perkhidmatan makanan yang disediakan kepada pesakit oleh kemudahan jagaan kesihatan yang berdaftar atau berlesen; atau
(i) Apa-apa perkhidmatan bilik mayat yang disediakan oleh kemudahan jagaan kesihatan yang berdaftar atau berlesen.

12. S : Apakah maksud amalan perubatan tradisional dan komplementari?

J : Perkhidmatan jagaan kesihatan oleh kemudahan jagaan kesihatan swasta kepada bukan warganegara adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan seperti berikut:

(a) Apa-apa perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan, perbidanan, kesihatan berkaitan, farmasi dan ambulan yang disediakan oleh profesional jagaan kesihatan;
(b) Tempat tinggal bagi maksud penyediaan perkhidmatan jagaan kesihatan;
(c) Apa-apa perkhidmatan untuk memeriksa, mendiagnosis, atau merawat seseorang yang menginap atau dipercayai menghidap apa-apa penyakit, kecederaan atau hilang upaya minda atau badan;
(d) apa-apa perkhidmatan bagi maksud kesihatan pencegahan atau penggalakan;
(e) apa-apa perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana profesional separa jagaan kesihatan;
(f) Apa-apa fi perundingan yang disediakan oleh mana-mana profesional jagaan kesihatan dan pengamal perubatan berdaftar;
(g) Apa-apa perkhidmatan bagi mengubati atau mengurangkan apa-apa keadaan luar biasa tubuh manusia dengan menggunakan apa-apa perkakas, kelengkapan, alat, atau peranti atau apa-apa teknologi perubatan lain;
(h) Apa-apa perkhidmatan makanan yang disediakan kepada pesakit oleh kemudahan jagaan kesihatan yang berdaftar atau berlesen; atau
(i) Apa-apa perkhidmatan bilik mayat yang disediakan oleh kemudahan jagaan kesihatan yang berdaftar atau berlesen.

13. S : Apakah skop amalan perubatan tradisional dan komplementari yang tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

J : Berdasarkan Butiran 15, Kumpulan I, Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018, apa￾apa amalan perubatan tradisional dan komplementari yang disediakan kepada bukan warganegara adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan seperti berikut:
1) Perubatan Tradisional Melayu;
2) Perubatan Tradisional Cina;
3) Perubatan Tradisional India;
4) Homeopati;
5) Kiropraktik;
6) Osteopati; dan
7) Amalan Pengubatan Islam.

J : Semua perkhidmatan dan aktiviti yang berhubungan dengan perkhidmatan kesihatan bersekutu yang disediakan kepada bukan warganegara adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan seperti di Butiran 16, Kumpulan I, Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018.

15. S : Siapakah yang perlu berdaftar cukai perkhidmatan amalan perubatan tradisional dan komplementari?

J : Mana-mana orang yang mengendalikan atau menyediakan tempat bagi perkhidmatan amalan perubatan tradisional dan komplementari swasta tidak termasuk kemudahan jagaan kesihatan swasta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] adalah bertanggungan untuk berdaftar di bawah Butiran 15, Kumpulan I yang telah mencapai nilai ambang perkhidmatan bercukai berjumlah RM1,500,000.00 bagi tempoh dua belas bulan.

16. S : Apakah contoh perkhidmatan amalan perubatan tradisional dan komplementari yang tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

J : Contoh perkhidmatan amalan perubatan tradisional dan komplementari yang disediakan kepada bukan warganegara yang tertakluk kepada cukai perkhidmatan adalah seperti akupuntur, ayurveda, homeopati dan ubat-ubatan Cina.

J: Berdasarkan Butiran 16, Kumpulan I, Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018, ianya merujuk kepada apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu yang berikut:

  1. Audiologi;
  2. Dietetik;
  3. Entomologi (Kesihatan Awam);
  4. Fisioterapi;
  5. Fizik Perubatan;
  6. Pemakanan
  7. Psikologi Klinikal;
  8. Radiografi Diagnostik;
  9. Sains Makmal Perubatan;
  10. Terapi Cara Kerja;
  11. Terapi Pertuturan-Bahasa;
  12. Terapi Radiasi;
  13. Teknologi Makmal Perubatan;
  14. Teknologi Pergigian;
  15. Kesihatan Persekitaran; atau
  16. Pendidikan Kesihatan.

J : Semua perkhidmatan yang berhubungan dengan perkhidmatan kesihatan bersekutu dan disediakan kepada bukan warganegara oleh mana-mana orang yang mengendalikan atau menyediakan tempat bagi perkhidmatan aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu swasta tidak termasuk kemudahan jagaan kesihatan swasta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

J : Mana-mana orang yang mengendalikan atau menyediakan tempat bagi perkhidmatan aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu swasta tidak termasuk kemudahan jagaan kesihatan swasta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] dan melibatkan aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu swasta seperti berikut:
  1. Audiologi;
  2. Dietetik;
  3. Entomologi (Kesihatan Awam);
  4. Fisioterapi;
  5. Fizik Perubatan;
  6. Pemakanan
  7. Psikologi Klinikal;
  8. Radiografi Diagnostik;
  9. Sains Makmal Perubatan;
  10. Terapi Cara Kerja;
  11. Terapi Pertuturan-Bahasa;
  12. Terapi Radiasi;
  13. Teknologi Makmal Perubatan;
  14. Teknologi Pergigian;
  15. Kesihatan Persekitaran; atau
  16. Pendidikan Kesihatan.
20. S : Apakah contoh perkhidmatan kesihatan bersekutu yang tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

J : Contoh perkhidmatan kesihatan bersekutu yang disediakan kepada bukan warganegara yang tertakluk kepada cukai perkhidmatan adalah seperti perkhidmatan yang disediakan oleh juruteknologi pergigian, kesihatan persekitaran, pendidikan kesihatan, penyediaan makanan (penjagaan kesihatan), sains forensik dan sosial perubatan.

J : Tarikh pengenaan cukai perkhidmatan adalah pada 1 Julai 2025.

J : Perkhidmatan jagaan kesihatan swasta, amalan perubatan tradisional dan komplementari swasta dan kesihatan bersekutu swasta akan dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6%.

Bagi perkhidmatan yang baru ditetapkan sebagai perkhidmatan bercukai, penyedia kemudahan jagaan kesihatan swasta, amalan perubatan tradisional dan komplementari swasta dan kesihatan bersekutu swasta yang telah mencapai nilai ambang berjumlah RM1,500,000.00 setahun adalah bertanggungan untuk berdaftar berkuat kuasa pada 1 Julai 2025. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui sistem MySST (mysst.customs.gov.my).

Tidak. Warganegara Malaysia adalah dikecualikan daripada membayar cukai perkhidmatan.

Semua perkhidmatan jagaan kesihatan, amalan perubatan tradisional dan komplementari dan kesihatan bersekutu yang disediakan oleh Kerajaan adalah tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

26. S : Apakah maksud perkhidmatan jagaan kesihatan Kerajaan?

Berdasarkan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586], “perkhidmatan jagaan kesihatan Kerajaan” ertinya apa-apa perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan, dikendalikan atau disenggarakan oleh Kerajaan tetapi tidak termasuk perkhidmatan jagaan kesihatan Kerajaan yang diswastakan atau yang diperbadankan.

Situasi 1:
Bayaran deposit adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan sekiranya ia sebahagian daripada pembayaran perkhidmatan jagaan kesihatan oleh kemudahan jagaan kesihatan swasta, perkhidmatan amalan perubatan tradisional dan komplementari swasta dan perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu swasta yang disediakan kepada bukan warganegara.

Situasi 2:
Bayaran deposit adalah TIDAK tertakluk kepada cukai perkhidmatan sekiranya ia BUKAN sebahagian daripada pembayaran perkhidmatan jagaan kesihatan oleh kemudahan jagaan kesihatan swasta, perkhidmatan amalan perubatan tradisional dan komplementari swasta dan perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu swasta yang disediakan kepada bukan warganegara.

Layanan cukai perkhidmatan ke atas penyediaan kemudahan jagaan kesihatan swasta, amalan perubatan tradisional dan komplementari swasta dan kesihatan bersekutu swasta kepada bukan warganegara yang berada di luar Malaysia adalah tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

Layanan cukai perkhidmatan ke atas penyediaan kemudahan jagaan kesihatan swasta, amalan perubatan tradisional dan komplementari swasta dan kesihatan bersekutu swasta kepada bukan warganegara yang diterima dari luar Malaysia adalah dianggap perkhidmatan bercukai diimport (ImTS) adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

Perkhidmatan yang disediakan oleh semua penyedia kemudahan jagaan kesihatan swasta, amalan perubatan tradisional dan komplementari swasta dan kesihatan bersekutu swasta kepada bukan warganegara di kawasan ditetapkan (KD) tidak termasuk Pulau 1 adalah TIDAK tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

Perkhidmatan yang disediakan oleh semua penyedia kemudahan jagaan kesihatan swasta, amalan perubatan tradisional dan komplementari swasta dan kesihatan bersekutu swasta kepada bukan warganegara di kawasan khas (KK) adalah TIDAK tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

32. S : Apakah kategori bukan warganegara yang mendapat pengecualian cukai perkhidmatan?

Tiada pengecualian cukai perkhidmatan diberikan kepada kategori bukan warganegara.

33. S : Adakah perkhidmatan jagaan kesihatan oleh hospital yang ditubuhkan, disenggarakan, dikendalikan, disediakan atau ditadbir oleh Universiti atau Kolej Universiti yang berdaftar di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30]] dan disediakan kepada bukan warganegara tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

Tidak. Kemudahan jagaan kesihatan oleh hospital yang ditubuhkan, disenggarakan, dikendalikan, disediakan atau ditadbir oleh Universiti atau Kolej Universiti yang berdaftar di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30] dan disediakan kepada bukan warganegara adalah tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

34. S : Adakah perkhidmatan jagaan kesihatan oleh hospital yang ditubuhkan, disenggarakan, dikendalikan, disediakan atau ditadbir oleh Universiti atau Kolej Universiti yang berdaftar di bawah Akta Universiti Teknologi Mara 1976 [Akta 173] dan disediakan kepada bukan warganegara tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

Tidak. Kemudahan jagaan kesihatan oleh hospital yang ditubuhkan, disenggarakan, dikendalikan, disediakan atau ditadbir oleh Universiti atau Kolej Universiti yang berdaftar di bawah Akta Universiti Teknologi Mara 1976 [Akta 173] dan disediakan kepada bukan warganegara adalah tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

35. S : Adakah terdapat kemudahan jagaan swasta yang tidak perlu menjadi orang berdaftar SST?

Ya. Kemudahan jagaan kesihatan swasta yang tidak perlu menjadi orang berdaftar SST adalah seperti berikut:

  1. Pusat Pakar Universiti Malaya;
  2. Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia;
  3. Pusat Pakar Perubatan Universiti Teknologi MARA; dan
  4. Pusat Pakar Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
36. S : Adakah perkhidmatan jagaan kesihatan oleh hospital yang ditubuhkan, disenggarakan, dikendalikan, disediakan atau ditadbir oleh Universiti atau Kolej Universiti yang berdaftar di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan disediakan kepada bukan warganegara tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

Ya. Kemudahan jagaan kesihatan oleh hospital yang ditubuhkan, disenggarakan, dikendalikan, disediakan atau ditadbir oleh Universiti atau Kolej Universiti yang berdaftar di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan disediakan kepada bukan warganegara adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

37. S : Apakah maksud perkhidmatan rawatan kecantikan?

Perkhidmatan rawatan kecantikan bermaksud apa-apa rawatan badan atau mana-mana bahagian badan, muka atau rambut untuk merawat atau memulihkan kulit badan atau muka dengan menggunakan apa-apa bahan atau apa-apa kelengkapan.

38. S : Apakah jenis-jenis perkhidmatan rawatan kecantikan?

Jenis-jenis perkhidmatan rawatan kecantikan adalah seperti di bawah:

(1) Apa-apa rawatan badan atau mana-mana bahagian badan, muka atau rambut untuk merawat atau memulihkan kulit badan atau muka dengan menggunakan, apa-apa bahan atau apa-apa kelengkapan;

    • hidroterapi badan atau mana-mana bahagian badan;
    • apa-apa rawatan melangsingkan pelangsingan badan;
    • urutan muka, tangan, kaki atau seluruh badan;
    • dandanan rambut;
    • rawatan jari atau kuku bagi tangan atau kaki;
    • sauna;
    • mandian herba, susu atau bunga;
    • Mencacah tatu;
    • spa; atau
    • apa-apa rawatan kecantikan seperti terminologi pusat kesejahteraan di subbutiran (a)
39. S : Apakah kadar cukai perkhidmatan yang dikenakan ke atas perkhidmatan rawatan kecantikan?

The service tax rate imposed on beauty treatment services provided to citizens and non-citizens is a flat rate of 8%.

40. S : Apakah syarat pendaftaran bagi perkhidmatan rawatan kecantikan?

Syarat pendaftaran bagi perkhidmatan rawatan kecantikan adalah apabila nilai perkhidmatan bercukai mencapai RM500,000 dalam tempoh 12 bulan.

Penafian: Maklumat ini bertujuan untuk memberikan pemahaman umum tentang layanan yang berkaitan di bawah Perundangan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan dan bertujuan untuk memberikan pemahaman umum yang lebih baik tentang kewajipan cukai pembayar cukai. Walaupun JKDM telah mengambil inisiatif untuk memastikan bahawa semua maklumat yang terkandung dalam Soalan Lazim ini adalah betul, JKDM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan dan ketidaktepatan yang mungkin terkandung oleh individu atau maklumat lain yang ditanggung oleh individu atau maklumat kewangan ini. semasa pada masa itu
1. S : Bagaimana untuk menjadi orang berdaftar?

J : Mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan kerja pembinaan tidak termasuk kerja pembinaan bangunan kediaman dan kawasan umum yang yang berkaitan dengan bangunan kediaman itu
dan nilai perkhidmatan tersebut melebihi nilai ambang RM1,500,000 perlu memohon pendaftaran secara atas talian melalui pautan
www.mysst.customs.gov.my.

2. S : Bagaimanakah cara menghantar penyata dan membuat bayaran cukai?

J : Orang berdaftar perlu mengemukakan penyata cukai perkhidmatan SST-02 melalui perkhidmatan elektronik (MySST), pos atau perkhidmatan kurier ke Pusat Pemprosesan Kastam di Kelana Jaya. Kaedah pembayaran adalah sama ada melalui perbankan elektronik, cek atau draf bank. Bagi pembayaran menggunakan cek atau draf bank hendaklah dihantar melalui pos atau perkhidmatan kurier ke Pusat Pemprosesan Kastam di Kelana Jaya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Panduan Penyata dan Bayaran.

3. S : Adakah orang berdaftar perlu mengeluarkan invois untuk perkhidmatan kerja pembinaan yang diberikan?

J : Ya. Orang berdaftar perlu mengeluarkan invois ke atas semua perkhidmatan kerja pembinaan yang dibuat. Sila rujuk Panduan Umum bagi keterangan lanjut.

4. S : Apakah perkhidmatan yang tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan di bawah perkhidmatan kerja pembinaan?

J : Perkhidmatan kerja pembinaan bangunan kediaman dan kemudahan awam yang berkaitan dengan bangunan kediaman itu adalah tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

5. S : Siapakah yang dikecualikan daripada pembayaran cukai perkhidmatan di bawah perkhidmatan kerja pembinaan?

J : Orang yang dikecualikan daripada membayar cukai perkhidmatan di bawah perkhidmatan kerja pembinaan ialah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

6. S : Berapakah kadar cukai perkhidmatan yang dikenakan ke atas perkhidmatan kerja pembinaan?

J : Perkhidmatan kerja pembinaan dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6%.

7. S : Bagaimanakah nilai bagi perkhidmatan kerja pembinaan ditentukan?

J : Penentuan nilai bagi perkhidmatan kerja pembinaan adalah berdasarkan kepada nilai sebenar perkhidmatan kerja pembinaan yang diberikan termasuk nilai barang ataupun bahan mentah yang digunakan dalam penyediaan perkhidmatan kerja pembinaan tersebut.

8. S : Apakah caj-caj yang tertakluk kepada cukai perkhidmatan dalam industri pembinaan?

J : Caj-caj yang dikenakan cukai perkhidmatan adalah nilai semua kerja dan bahan yang dibina secara kekal atau dipasang di tapak bangunan atau projek pembinaan dikenakan bayaran oleh kontraktor kepada pelanggan.

Contoh:
ASM Sdn Bhd telah menganugerahkan kontrak kepada LTM Construction Sdn Bhd untuk membina sebuah bangunan komersial. Berdasarkan perjanjian kontrak, nilai perkhidmatan pembinaan termasuk nilai bahan dan kerja yang dilakukan adalah RM6,000,000.
Jumlah cukai perkhidmatan yang dikenakan adalah RM360,000 (RM6,000,000 X 6%).

9. S : Jika saya membeli bahan mentah sendiri dan melantik kontraktor untuk membina bangunan komersial, adakah nilai perkhidmatan kerja pembinaan termasuk bahan mentah tersebut?

J : Nilai perkhidmatan kerja pembinaan adalah berdasarkan kepada kontrak di antara pemaju dan kontraktor. Jika kontrak di antara pemaju bersama kontraktor adalah upah perkhidmatan kerja pembinaan, hanya upah kerja pembinaan sahaja yang akan tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

10. S : Bilakah saya perlu mengakaunkan cukai perkhidmatan?

J : Anda perlu mengakaunkan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan pembinaan pada masa pembayaran diterima bagi perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang berdaftar kepada pelanggan. Walau bagaimanapun, jika anda telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam untuk menggunakan invois sebagai asas perakaunan, anda perlu mengakaunkan cukai perkhidmatan pada masa tarikh invois dikeluarkan.

11. S : Bilakah saya perlu mengemukakan penyata cukai perkhidmatan dan membuat pembayaran kepada kastam?

J : Penyata cukai perkhidmatan dan pembayaran hendaklah dikemukakan kepada kastam setiap dua bulan mengikut tempoh bercukai yang ditetapkan.

12. S : Saya adalah seorang kontraktor yang menyediakan perkhidmatan pembinaan sepenuhnya ke atas bangunan kediaman. Adakah saya perlu mendaftar?

J : Tidak, anda tidak perlu mendaftar kerana perkhidmatan pembinaan untuk bangunan kediaman bukan perkhidmatan bercukai.

13. S : Adakah perkhidmatan kerja pembinaan yang mendapat pengecualian B2B dan pengecualian perkhidmatan kerja pembinaan kepada Kerajaan atau Kerajaan Negeri diambil kira dalam pengiraan threshold bagi perkhidmatan kerja pembinaan?

J : Ya. Perkhidmatan kerja pembinaan yang mendapat pengecualian adalah merupakan suatu perkhidmatan bercukai dan pengecualian tersebut hendaklah kena diambil kira untuk tujuan pengiraan threshold.

14. S : Saya adalah seorang kontraktor di Kuala Lumpur dan menyediakan perkhidmatan kerja pembinaan untuk membina bangunan komersial di Kawasan Ditetapkan (Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Pangkor atau Labuan) dan Kawasan Khas (Zon Bebas, Gudang Berlesen, Gudang Pengilangan Berlesen, Kawasan Pembangunan Bersama dan Pengkalan Petroleum). Adakah saya perlu mengenakan cukai perkhidmatan?

J : Ya, anda dikehendaki untuk mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan kerja pembinaan tersebut. Penyediaan perkhidmatan kerja pembinaan di Kawasan Ditetapkan (DA) iaitu Langkawi, Tioman, Pangkor, Labuan atau Pulau 1, dan Kawasan Khas (Zon Bebas, Gudang Berlesen, Gudang Pengilangan Berlesen, Kawasan Pembangunan Bersama, dan Pengkalan Petroleum) oleh mana-mana kontraktor yang tempat perniagaan utamanya terletak di Malaysia adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

15. S : Adakah kontraktor yang berada di Kawasan Ditetapkan dan Kawasan Khas yang menyediakan perkhidmatan pembinaan di Malaysia bertanggungan untuk berdaftar dan mengenakan cukai perkhidmatan kepada pelanggannya?

J : Ya, mana-mana kontraktor yang tempat perniagaan utamanya terletak di Kawasan Ditetapkan dan Kawasan Khas yang menyediakan perkhidmatan pembinaan di Malaysia adalah bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 12, Akta Cukai Perkhidmatan 2018 jika perkhidmatan bercukai yang disediakan itu melebihi nilai ambang yang ditetapkan. Apabila kontraktor tersebut telah menjadi orang berdaftar, maka kontraktor itu hendaklah mengenakan dan mengakaunkan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan kerja pembinaan kepada pelanggannya di Malaysia.

J : Cukai perkhidmatan untuk perkhidmatan kerja pembinaan berkaitan dengan bayaran secara progresif yang melibatkan pengeluaran sijil berkaitan dengan kerja yang telah dilakukan hendaklah dikenakan dan diakaunkan pada masa bayaran itu diterima. Jika bayaran tidak diterima dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perkhidmatan disediakan, cukai perkhidmatan itu menjadi genap masa dan kena dibayar pada hari yang mengikuti tempoh 12 bulan itu.

17. S : Kontrak pembinaan membenarkan pelanggan seperti pemaju atau individu untuk menahan peratusan daripada pembayaran setiap bayaran progresif sehingga siapnya keseluruhan kontrak dengan memuaskan. Adakah penahanan atau wang tahanan ini tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

J : Ya, wang tahanan adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan. Oleh itu, kontraktor perlu mengenakan cukai perkhidmatan ke atas bayaran wang tahanan tersebut.

18. S : Apakah layanan cukai perkhidmatan untuk ganti rugi dan penyelesaian di luar mahkamah?

J : Ganti rugi dan penyelesaian di luar mahkamah yang dibayar kerana pelanggaran jaminan atau kelewatan dalam menyiapkan kontrak adalah bersifat pampasan. Oleh itu, cukai perkhidmatan tidak dikenakan ke atas ganti rugi dan penyelesaian di luar mahkamah tersebut.

19. S : Adakah ganti rugi yang dikenakan seperti kelewatan dalam menyiapkan kerja tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

J : Tidak, ganti rugi yang dikenakan akibat kelewatan dalam menyiapkan projek pembinaan tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

20. S : Apakah layanan cukai perkhidmatan ke atas bayaran progresif untuk mana-mana kontrak pembinaan yang dibuat sebelum tarikh kuat kuasa?

J : Cukai perkhidmatan perlu dikenakan ke atas penyediaan perkhidmatan pembinaan yang dibuat pada atau selepas tarikh kuat kuasa. Nilai kerja pembinaan sebelum tarikh kuat kuasa tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

21. S : Apakah layanan cukai perkhidmatan ke atas wang tahanan yang melibatkan perkhidmatan kerja pembinaan dalam dua tempoh, iaitu sebelum dan selepas tarikh kuat kuasa?

J : Jumlah wang tahanan di bawah kontrak pembinaan berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan kerja pembinaan yang dibuat sebelum tarikh kuat kuasa, jumlah wang tahanan tersebut tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan. Walau bagaimanapun, jika penyediaan perkhidmatan kerja pembinaan menjangkaui tarikh kuatkuasa, cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan ke atas bayaran wang tahanan yang berhubungan dengan perkhidmatan kerja pembinaan selepas tarikh kuat kuasa berdasarkan kepada Peraturan 3A, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018.

22. S : Projek Engineering, Procurement, Construction, and Commissioning (EPCC) adalah satu model perolehan yang digunakan dalam projek-projek besar dan kompleks seperti pembinaan loji industri, stesen janakuasa, dan infrastruktur awam yang lain, di mana kontraktor utama bertanggungjawab untuk semua aspek (rekabentuk, perolehan, pembinaan, dan pengujian) dan menghantar projek siap kepada pemilik projek. Adakah projek EPCC ini tertakluk kepada cukai perkhidmatan di bawah perkhidmatan kerja pembinaan?

J : Ya, projek EPCC merupakan perkhidmatan kerja pembinaan yang tertakluk kepada cukai perkhidmatan di bawah Kumpulan L, Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 – Perkhidmatan Kerja Pembinaan.

Penafian: Maklumat ini bertujuan untuk memberikan pemahaman umum tentang layanan yang berkaitan di bawah Perundangan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan dan bertujuan untuk memberikan pemahaman umum yang lebih baik tentang kewajipan cukai pembayar cukai. Walaupun JKDM telah mengambil inisiatif untuk memastikan bahawa semua maklumat yang terkandung dalam Soalan Lazim ini adalah betul, JKDM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan dan ketidaktepatan yang mungkin terkandung oleh individu atau maklumat lain yang ditanggung oleh individu atau maklumat kewangan ini. semasa pada masa itu
1. S : Siapa orang kena cukai untuk perkhidmatan pendidikan?

J :
(i) Mana – mana institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah Akta Pendidikan 1996 tidak termasuk sekolah khas dan pusat bahasa yang menyediakan perkhidmatan pendidikan pra sekolah, rendah, menengah rendah, menengah atas atau lepas menengah yang mengenakan yuran melebihi RM60,000 bagi setiap pelajar bagi setiap tahun akademik.
(ii) Mana – mana
     a) institusi pelajaran tinggi yang berdaftar di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;
     b) institusi pendidikan tinggi swasta yang berdaftar di bawah Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996; atau
     c) institusi pendidikan tinggi yang berdaftar di bawah Akta Pendidikan 1996 yang menyediakan semua perkhidmatan pendidikan pelajaran tinggi, pendidikan tinggi swasta, pendidikan tinggi atau pendidikan guru kepada bukan warganegara Malaysia.
(iii) Pusat bahasa yang didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996

2. S : Siapakah penyedia perkhidmatan pendidikan swasta yang tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

J : Penyedia perkhidmatan pendidikan swasta yang tidak berdaftar di bawah Akta yang ditetapkan tidak bertanggungan untuk berdaftar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

3. S : Adakah cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan pendidikan rendah dan menengah di Malaysia?

J : 
(i) Perkhidmatan pendidikan di Malaysia yang disediakan oleh kerajaan tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.
(ii) Cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan pendidikan swasta termasuk tadika swasta, sekolah rendah/menengah akademik, sekolah rendah/menengah agama, sekolah antarabangsa, sekolah ekspatriat dan sekolah menengah persendirian cina yang mengenakan yuran melebihi RM60,000 bagi setiap pelajar bagi setiap tahun akademik.

4. S : Adakah cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan pendidikan peringkat pengajian tinggi di Malaysia?

J : Perkhidmatan pengajian tinggi di Malaysia dikenakan cukai perkhidmatan untuk pelajar bukan warganegara Malaysia yang belajar di institusi pengajian tinggi awam, institusi pengajian tinggi swasta atau pusat bahasa.

5. S : Saya pemegang kad orang kurang upaya (OKU), adakah saya layak mendapat pengecualian cukai perkhidmatan?

J : Warganegara Malaysia dan memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685] diberi pengecualian cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan pendidikan oleh institusi pendidikan swasta seperti yang dinyatakan di Butiran 10, Perintah Cukai Perkhidmatan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018

6. S : Pelajar diberi tajaan yuran pengajian oleh syarikat swasta. Adakah yuran pengajian tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

J : 
(i) Berdasarkan seksyen 9, Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807], cukai perkhidmatan dikenakan ke atas nilai sebenar perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan kepada penerima perkhidmatan.
(ii) Yuran pengajian yang dibayar oleh syarikat swasta yang menaja pelajar adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

7. S : Pihak sekolah menyediakan biasiswa kepada beberapa pelajar untuk keseluruhan yuran pengajian (tiada yuran pengajian perlu dibayar oleh pelajar). Adakah yuran pengajian dibayar oleh sekolah tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

J : 
(i) Berdasarkan seksyen 9, Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807], cukai perkhidmatan dikenakan ke atas nilai sebenar perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan kepada penerima perkhidmatan.
(ii) Memandangkan sekolah menaja yuran pengajian, sekolah perlu mengakaunkan cukai perkhidmatan. (jika melebihi RM60,000 bagi setiap pelajar bagi setiap tahun akademik)

8. S : Pihak sekolah mengadakan lawatan sambil belajar ke luar negara seperti di Jepun. Adakah bayaran yuran untuk lawatan sambil belajar juga tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

J : Cukai perkhidmatan tidak dikenakan ke atas bayaran untuk lawatan sambil belajar ke luar negara.

9. S : Sebuah sekolah di Malaysia menerima sejumlah pelajar dari UK untuk tujuan program pertukaran pelajar. Pihak sekolah mengenakan bayaran kepada pelajar asing yang terlibat dalam program tersebut. Adakah caj ini tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

J : Ya, perkhidmatan yang disediakan oleh sekolah di Malaysia untuk program pertukaran pelajar adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

10. S : Adakah semua penyedia perkhidmatan pendidikan yang mengendalikan sekolah swasta perlu didaftarkan?

J : Tidak, hanya penyedia perkhidmatan pendidikan sekolah swasta yang mengenakan yuran melebihi RM60,000 bagi setiap pelajar bagi setiap tahun akademik bertanggungan untuk berdaftar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

11. S : Berapakah kadar cukai perkhidmatan yang dikenakan ke atas perkhidmatan pendidikan?

J : Perkhidmatan pendidikan tertakluk kepada kadar cukai perkhidmatan sebanyak 6%.

12. S : Bilakah tarikh kuat kuasa perkhidmatan pendidikan menjadi perkhidmatan bercukai?

J : Tarikh kuat kuasa perkhidmatan pendidikan menjadi perkhidmatan bercukai adalah pada 01 Julai 2025.

13. S : Bilakah penyedia perkhidmatan pendidikan perlu berdaftar?

J : Penyedia perkhidmatan pendidikan yang bertanggungan perlu membuat pendaftaran secara dalam talian bermula 1 Ogos 2025 dengan mengemukakan borang SST-01 melalui sistem MySST.

14. S : Adakah Yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

J : Tidak. Yuran PIBG tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

15. S : Adakah MRSM orang kena cukai di bawah perkhidmatan pendidikan?

J : Ya. MRSM didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] dan ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 [Akta 489] dan bertanggungan untuk berdaftar jika ia mengenakan yuran melebihi RM60,000 bagi setiap pelajar bagi setiap tahun akademik.

16. S : Adakah sekolah rendah agama swasta merupakan orang kena cukai di bawah perkhidmatan pendidikan?

J : Ya, sekolah rendah agama swasta didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] dan bertanggungan untuk berdaftar jika ia mengenakan yuran melebihi RM60,000 bagi setiap pelajar bagi setiap tahun akademik.

17. S : Adakah sekolah menengah persendirian cina merupakan orang kena cukai di bawah perkhidmatan pendidikan?

J : Ya, sekolah rendah agama swasta didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] dan bertanggungan untuk berdaftar jika ia mengenakan yuran melebihi RM60,000 bagi setiap pelajar bagi setiap tahun akademik.

18. S : Adakah sekolah memandu tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

J : Sekolah memandu ialah orang kena cukai sedia ada di bawah Butiran g, Kumpulan G, Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 [P.U.(A)214/2018].

19. S : Adakah perkhidmatan pendidikan yang disediakan di Pulau Langkawi dikenakan cukai perkhidmatan?

J : Bagi tujuan cukai perkhidmatan, perkhidmatan bercukai yang disediakan di dalam atau di antara Kawasan Khas dan Kawasan Ditetapkan adalah tertakluk kepada layanan cukai perkhidmatan seperti yang ditetapkan di Bahagian VIII dan Bahagian IX, Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

20. S : Sebagai orang berdaftar, apakah persediaan yang perlu dibuat?

J : Sebagai orang berdaftar, penyedia perkhidmatan mesti mematuhi tanggungjawab mereka sebagai orang berdaftar mengikut peruntukan perundangan cukai perkhidmatan dan mesti menyesuaikan atau meminda sistem perakaunan tertakluk kepada keperluan.

21. S : Adakah deposit dibayar kepada penyedia perkhidmatan pendidikan tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

J : Deposit adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan jika ia adalah sebahagian daripada pembayaran ke atas perkhidmatan bercukai tersebut.

22. S : Di manakah senarai penyedia perkhidmatan pendidikan yang berdaftar di bawah Akta Pendidikan 1996, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 boleh dilihat?

J : 
(i) Senarai penyedia perkhidmatan pendidikan swasta untuk sekolah rendah dan menengah boleh dilihat melalui pautan berikut: https://smips.moe.gov.my/utama.cfm?cari

 (ii) Senarai penyedia perkhidmatan pendidikan swasta untuk IPTS boleh dilihat melalui pautan berikut: https://jpt.mohe.gov.my/portal/index.php/ms/ipt/ipt-swasta/25-senarai-daftar-dan-statistik-ipt-swasta

Penafian: Maklumat ini bertujuan untuk memberikan pemahaman umum tentang layanan yang berkaitan di bawah Perundangan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan dan bertujuan untuk memberikan pemahaman umum yang lebih baik tentang kewajipan cukai pembayar cukai. Walaupun JKDM telah mengambil inisiatif untuk memastikan bahawa semua maklumat yang terkandung dalam Soalan Lazim ini adalah betul, JKDM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan dan ketidaktepatan yang mungkin terkandung oleh individu atau maklumat lain yang ditanggung oleh individu atau maklumat kewangan ini. semasa pada masa itu
1. S : Bilakah tarikh kuat kuasa cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan sewaan atau pajakan?

J : Tarikh kuat kuasa cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan sewaan atau pajakan adalah 1 Julai 2025.

2. S : Berapakah nilai ambang bagi pendaftaran perkhidmatan sewaan atau pajakan?

J : Nilai ambang bagi perkhidmatan sewaan atau pajakan adalah RM500,000.00.

3. S : Berapakah kadar cukai perkhidmatan yang dikenakan ke atas perkhidmatan sewaan atau pajakan?

J : Kadar cukai bagi perkhidmatan sewaan atau pajakan adalah 8%.

4. S : Syarikat saya telah berdaftar di bawah butiran 13, Kumpulan I. Adakah saya perlu berdaftar semula sekiranya menyediakan perkhidmatan sewaan atau pajakan?

J : Tidak. Bagi yang telah berdaftar di bawah butiran 13, Kumpulan I tidak perlu membuat pendaftaran semula sebaliknya hanya perlu mengemaskini maklumat pendaftaran dengan menambah maklumat perkhidmatan bercukai iaitu perkhidmatan sewaan atau pajakan.

5. S : Adakah cukai perkhidmatan dikenakan sekiranya syarikat memberi perkhidmatan pajakan di mana pemilikan aset dipindahkan kepada penerima pajak pada akhir tempoh pajakan?

J : Tidak. Pemilikan aset dipindahkan kepada penerima pajak pada akhir tempoh pajakan adalah pajakan kewangan yang tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

6. S : Encik MBS menandatangani kontrak sewa beli penapis air selama 5 tahun di mana penapis air tersebut akan menjadi hak milik Encik MBS pada akhir tempoh kontrak. Adakah penyewaan penapis air ini tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

J : Tidak. Apa-apa penyewaan di bawah kontrak sewa beli adalah tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

7. S : JNY Enterprise telah melantik FDB Enterprise untuk perkhidmatan sewaan mesin penjana kuasa elektrik bagi tempoh selama 3 bulan. Perkhidmatan sewaan mesin penjana kuasa elektrik telah diberikan oleh FDB Enterprise kepada JNY Enterprise pada bulan Februari 2025 hingga Mei 2025 dan pembayaran dibuat pada Julai 2025. Apakah layanan cukai perkhidmatan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh FDB Enterprise ini?

J : Perkhidmatan sewaan mesin penjana kuasa elektrik yang diberikan oleh FDB Enterprise kepada JNY Enterprise pada bulan Februari 2025 hingga Mei 2025 adalah tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan kerana perkhidmatan diberikan sebelum tarikh kuat kuasa 1 Julai 2025.

8. S : Jika saya menyediakan perkhidmatan sewaan atau pajakan aset yang terletak di luar Malaysia, adakah saya perlu mengakaunkan cukai perkhidmatan?

J : Tidak perlu. Perkhidmatan sewaan atau pajakan aset atau harta yang terletak di luar Malaysia adalah tidak dikenakan cukai perkhidmatan.

9. S : ABC Sdn Bhd menyewakan rumah kediaman sebanyak RM1,500.00 sebulan dan menyewakan sebuah gudang dengan sewaan sebanyak RM20,000.00 sebulan. Berapakah cukai perkhidmatan yang perlu dikenakan oleh ABC Sdn Bhd?

J : Perkhidmatan sewaan bagi rumah kediaman adalah tidak tertakluk kepada kenaan cukai perkhidmatan. Sehubungan itu, cukai perkhidmatan yang perlu diakaunkan adalah untuk sewaan gudang sahaja : RM20,000.00 x 8% = RM1,600.00

10. S : Syarikat YYY Sdn Bhd adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewaan mesin yang tempat perniagaan utamanya terletak di Ipoh. Syarikat YYY Sdn Bhd telah menandatangani kontrak untuk menyewakan mesin gerudi kepada pelanggannya yang terletak di Zon Bebas Kinta, Perak dan Pulau Pangkor untuk suatu tempoh masa. Adakah perkhidmatan sewaan mesin gerudi tersebut tertakluk kepada cukai perkhidmatan memandangkan perkhidmatan sewaan tersebut diberikan kepada pelanggannya yang berada di kawasan khas dan kawasan yang ditetapkan?

J : Perkhidmatan sewaan atau pajakan yang disediakan oleh mana-mana orang berdaftar yang tempat perniagaan utamanya terletak di Malaysia ke kawasan khas atau kawasan yang ditetapkan, atau sebaliknya, adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan. Dalam kes ini, Zon Bebas Kinta terletak di Kawasan Khas dan Pulau Pangkor berada di kawasan yang ditetapkan. Oleh itu, Syarikat YYY Sdn Bhd hendaklah mengenakan cukai perkhidmatan ke atas penyediaan perkhidmatan sewaan kepada pelanggan-pelanggannya.

11. S : Syarikat P&D Sdn Bhd yang terletak di Pulau Langkawi telah menyewakan bot peranginan yang berpangkalan di Pulau Pinang kepada Syarikat KAL Sdn Bhd yang terletak di Pulau Pangkor. Adakah perkhidmatan tersebut tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

J : Perkhidmatan sewaan bot peranginan kepada Syarikat KAL Sdn Bhd adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan kerana perkhidmatan diberikan di dalam Malaysia.

12. S : Adakah cukai perkhidmatan dikenakan ke atas deposit yang diterima daripada pelanggan bagi perkhidmatan sewaan?

J : Deposit yang diterima bagi tujuan sekuriti dan akan dipulangkan (refundable) adalah tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan. Walau bagaimanapun, jika deposit yang diterima adalah sebahagian daripada pembayaran perkhidmatan, maka ia tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

13. S : Encik SSZ menyewa sebuah kenderaan dari Syarikat JJO Sdn Bhd untuk tempoh setahun bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025. Keseluruhan bayaran sewaan telah dibuat pada 1 Januari 2025. Adakah sewaan tersebut tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

J : Tidak. Ini adalah kerana bayaran telah diterima sepenuhnya oleh Syarikat JJO Sdn Bhd sebelum tarikh kuat kuasa.

14. S : Syarikat BHX Sdn Bhd memajak sebidang tanah daripada Syarikat DEA Sdn Bhd untuk tempoh 10 tahun bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2034. Berdasarkan perjanjian yang ditandatangani, terdapat terma perjanjian tersebut boleh disemak semula (reviewable contract). Syarikat telah menerima bayaran pajakan secara bulanan bagi tempoh Januari sehingga Jun 2025. Adakah syarikat DEA Sdn Bhd perlu mengenakan cukai perkhidmatan bagi tempoh Julai 2025 dan seterusnya?

J : Ya. Syarikat DEA Sdn Bhd perlu mengenakan cukai perkhidmatan bagi bagi tempoh Julai 2025 dan seterusnya.

15. S : Syarikat ABC Holdings Sdn. Bhd menyewakan mesin pencetak kepada Syarikat DEF Sdn Bhd dengan harga sewaan bulanan RM 1,000.00 sebulan. Di dalam kontrak menyatakan penalti sebanyak 10% daripada bayaran sewaan bulanan akan dikenakan kepada DEF sekiranya lewat membuat bayaran. Adakah penalti tersebut tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

J : Penalti tidak dikategorikan sebagai suatu penyediaan perkhidmatan bercukai. Justeru tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

16. S : FRMN Enterprise merupakan perusahaan kecil yang menjalankan perniagaan percetakan mempunyai jualan tahunan sebanyak RM 450,000 setahun. FRMN menyewa satu unit kedai daripada Syarikat EMD Property Sdn. Bhd. yang merupakan orang berdaftar cukai perkhidmatan. Adakah perkhidmatan sewaan kepada FRMN Enterprise tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

J : Perkhidmatan sewaan tersebut adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan. Walau bagaimanapun, FRMN diberi pengecualian daripada pembayaran cukai perkhidmatan di bawah kuasa Menteri Kewangan melalui peruntukan Subseksyen 34(3) ACP 2018.

Penafian: Maklumat ini bertujuan untuk memberikan pemahaman umum tentang layanan yang berkaitan di bawah Perundangan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan dan bertujuan untuk memberikan pemahaman umum yang lebih baik tentang kewajipan cukai pembayar cukai. Walaupun JKDM telah mengambil inisiatif untuk memastikan bahawa semua maklumat yang terkandung dalam Soalan Lazim ini adalah betul, JKDM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan dan ketidaktepatan yang mungkin terkandung oleh individu atau maklumat lain yang ditanggung oleh individu atau maklumat kewangan ini. semasa pada masa itu
1. S : Siapakah yang dikehendaki untuk berdaftar Cukai Perkhidmatan bagi perkhidmatan kewangan?

J : Mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang jumlah nilai perkhidmatan bercukainya melebihi nilai ambang RM500,000 hendaklah berdaftar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

2. S : Adakah semua perkhidmatan kewangan dan caj dikenakan tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

J : Tidak, sebahagian perkhidmatan kewangan dan caj adalah tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan
termasuk:
a. Caj berasaskan faedah atau perbezaan kadar (contohnya: faedah pinjaman)
b. Penalti bayaran lewat
c. Pampasan untuk cek tak laku
d. Caj lebihan overdraf
e. Perkhidmatan kewangan berkaitan eksport

3. S : Apakah perbezaan antara Kumpulan H dan Kumpulan G di bawah Peraturan- Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018?

J : Kumpulan H meliputi perkhidmatan kewangan seperti perbankan, insurans, dan pelaburan, manakala Kumpulan G meliputi perkhidmatan bukan kewangan seperti pengurusan dan perundingan.

4. S : Adakah perkhidmatan yang disediakan kepada kerajaan merupakan perkhidmatan bercukai?

J : Tidak, perkhidmatan kewangan yang disediakan kepada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri adalah tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

5. S : Sebuah syarikat Malaysia mengupah penasihat kewangan asing untuk mengurus pelaburannya. Adakah perkhidmatan kewangan yang diimport ini dikenakan cukai?

J : Oleh kerana perkhidmatan nasihat kewangan adalah bercukai di Malaysia, syarikat tersebut perlu mengakaun sendiri cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan yang diterima.

6. S : Sebuah syarikat Malaysia menyediakan perkhidmatan insurans semula kepada pelanggan luar negara dan mengenakan bayaran untuk perkhidmatan tersebut. Adakah bayaran ini perlu diambil kira dalam pengiraan nilai ambang pendaftaran?

J : Perkhidmatan ini termasuk dalam perkhidmatan yang tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan (iaitu perkhidmatan kewangan berkaitan barang, tanah atau perkara di luar Malaysia). Oleh itu, nilai perkhidmatan ini tidak diambil kira dalam pengiraan nilai ambang pendaftaran. Semua perkhidmatan yang disenaraikan sebagai di luar skop cukai tidak boleh dimasukkan dalam pengiraan nilai ambang.

7. S : Sebuah syarikat pengurusan yang berdaftar di bawah Kumpulan G Akta Cukai Perkhidmatan 2018 menyediakan perkhidmatan pengurusan kepada syarikat lain yang berdaftar di bawah Kumpulan H. Adakah perkhidmatan ini layak untuk pelepasan kumpulan (group relief)?

J : Tidak, perkhidmatan yang diberikan tidak layak untuk pelepasan kumpulan.

8. S : Sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Kumpulan H Akta Cukai Perkhidmatan menyediakan perkhidmatan kewangan kepada syarikat lain dalam kumpulan syarikat yang sama, yang juga berdaftar di bawah Kumpulan H. Adakah perkhidmatan ini layak untuk pelepasan berkumpulan?

J : Tidak, perkhidmatan yang diberikan tidak layak untuk pelepasan kumpulan. Namun begitu,
syarikat-syarikat berkenaan adalah layak mendapat pengecualian B2B sekiranya semua syarat dipenuhi.

Penafian: Maklumat ini bertujuan untuk memberikan pemahaman umum tentang layanan yang berkaitan di bawah Perundangan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan dan bertujuan untuk memberikan pemahaman umum yang lebih baik tentang kewajipan cukai pembayar cukai. Walaupun JKDM telah mengambil inisiatif untuk memastikan bahawa semua maklumat yang terkandung dalam Soalan Lazim ini adalah betul, JKDM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan dan ketidaktepatan yang mungkin terkandung oleh individu atau maklumat lain yang ditanggung oleh individu atau maklumat kewangan ini. semasa pada masa itu