Cukai Perkhidmatan
Apakah itu Cukai Perkhidmatan?

Cukai perkhidmatan adalah suatu cukai yang dikenakan ke atas:-

i. mana-mana perkhidmatan bercukai yang diberikan di Malaysia;
ii. orang berdaftar dalam menjalankan perniagaannya;
iii. mana-mana perkhidmatan bercukai diimport.

Apakah mekanisma cukai perkhidmatan?
service Tax
Siapakah orang yang bercukai?

Orang yang kena cukai adalah orang yang menyediakan perkhidmatan bercukai di dalam perjalanan atau penerusan perniagaan di Malaysia dan bertanggungan untuk didaftarkan atau didaftarkan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

Apakah kadar cukai untuk cukai perkhidmatan?

i. The tax rate is 8% for all taxable services except;
ii. F&B, Logistics, Telecommunications, and Parking are at a rate of 6%.
iii. RM25 for credit card / charge card.

Apakah perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai?
service Tax
Bagaimanakah nilai ambang ditentukan?

Nilai ambang ditentukan melalui 2 kaedah:

(a)Kaedah ke belakang (historical)
Kaedah ke belakang adalah berdasarkan kepada nilai perkhidmatan bercukai bagi mana-mana bulan dicampur dengan nilai perkhidmatan bercukai bagi 11 bulan ke belakang sebaik sebelum bulan itu. Contoh: Nilai Perkhidmatan pada bulan Julai 2024 sehingga Ogos 2023

(b)Kaedah ke hadapan (future)
Kaedah ke hadapan adalah berdasarkan kepada nilai perkhidmatan bercukai bagi mana-mana bulan dicampur dengan nilai perkhidmatan bercukai bagi 11 bulan ke hadapan sebaik selepas bulan itu. Contoh: Nilai Perkhidmatan pada bulan Julai 2024 sehingga Jun 2025

Adakah penyediaan perkhidmatan di kafeteria universiti tertakluk kepada cukai perkhidmatan?

Peruntukan perkhidmatan penyediaan makanan oleh mana-mana kafeteria adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan sekiranya nilai jualan perkhidmatan yang disediakan melebihi RM 1,500,000.00

Bagaimana saya boleh berdaftar di bawah cukai perkhidmatan?

Pendaftaran boleh dibuat atas talian melalui sistem MySST(sila buat carian pautanpantas di portal JKDM). Orang yang telah didaftarkan akan menerima pemakluman kelulusan pendaftaran melalui sistem MySST. Sekiranya anda tidak menerima sebarang pemakluman sedemikian, anda dikehendaki mengemukakan permohonan secara individu atas talian melalui sistem MySST.

Bagaimana saya tahu bahawa saya telah didaftarkan?

Anda akan dimaklumkan melalui e-mel selepas pendaftaran dibuat melalui sistem MySST.

Bolehkah penyata cukai perkhidmatan saya dihantar mengikut tahun kewangan syarikat saya?

Anda dikehendaki membuat permohonan secara bertulis kepada Ketua Pengarah Kastam untuk mendapatkan kelulusan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Bolehkah saya berdaftar di bawah cukai pendaftaran secara sukarela?

Ya, anda boleh mendaftar secara sukarela dengan syarat anda membekalkan perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai.

Bolehkah saya mendaftar cawangan-cawangan saya di bawah cukai jualan secara berasingan?

Branch registration is allowed.

Adakah terdapat kemudahan pendaftaran secara berkumpulan?

Pendaftaran secara berkumpulan tidak dibenarkan.

Apabila jualan tahunan perkhidmatan bercukai kurang daripada nilai ambang, bolehkah pendaftaran dibatalkan?

Apabila Akta GST 2014 dimansuhkan, anda secara automatik tidak lagi menjadi orang berdaftar CBP. Anda tidak perlu memohon untuk pembatalan pendaftaran. Walaubagaimanapun, anda dikehendaki mengemukakan penyata CBP terakhir dalam tempoh 120 hari dari tarikh Akta dimansuhkan.

Apakah syarat untuk mengeluarkan invois?

Pengilang berdaftar yang menjual barang bercukai dikehendaki untuk mengeluarkan invois. Invois hendaklah di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan mengandungi butiran yang ditetapkan, sama ada dalam bentuk hard copy atau elektronik.

Bagaimanakah saya mengakaunkan nota kredit atau nota debit?

Anda dibenarkan membuat pelarasan ke atas penyata cukai perkhidmatan pada masa nota kredit atau nota debit itu dikeluarkan.

Apakah asas perakaunan bagi cukai perkhidmatan?

Anda dikehendaki mengakaunkan cukai perkhidmatan berdasarkan asas pembayaran.

Bolehkan asas perakaunan invois digunakan bagi mengakaun cukai perkhidmatan?

Boleh, atas permohonan secara bertulis memohon kelulusan kepada Ketua Pengarah Kastam

Apakah prosedur untuk mengemukakan penyata cukai perkhidmatan?

i. Orang berdaftar perlu mengemukakan penyata cukai perkhidmatan setiap dua bulan mengikut tempoh bercukai. Anda boleh memohon kepada Ketua Pengarah Kastam untuk tempoh bercukai tertentu, contohnya selaras dengan tahun kewangan berakhir anda.
ii. Penyata cukai perkhidmatan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada hari terakhir bulan berikutnya selepas tempoh bercukai berakhir.
iii. Penyata cukai perkhidmatan hendaklah dikemukakan sama ada terdapat cukai yang perlu dibayar atau tidak.
iv. Penyata cukai perkhidmatan perlu dikemukakan secara elektronik atau melalui pos ke Pusat Pemprosesan Kastam (CPC).

Bagaimanakah bayaran cukai perkhidmatan dibuat?

Anda boleh membuat pembayaran melalui:
a. Elektronik (FPX); atau
b. Dengan cek bank dan diposkan ke Pusat Pemprosesan Kastam (CPC)

Adakah penalti dikenakan ke atas pembayaran lewat?

Cukai jualan yang lewat dibayar dikenakan penalti seperti berikut:
i. 10% - bagi tempoh 30 hari pertama
ii. 15% - bagi tempoh 30 hari kedua
iii. 15% - bagi tempoh 30 hari berikutnya

Penalti maksimum adalah 40% selepas 90 hari.
How long should I keep the proper records under service tax?

Rekod hendaklah disimpan bagi tempoh 7 tahun daripada tarikh terakhir yang berhubungan dengan rekod itu. Rekod hendaklah:
i. dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
ii. di Malaysia, kecuali diluluskan oleh Ketua Pengarah untuk disimpan di luar Malaysia
iii. dalam bentuk hard copy atau soft copy

Adakah terdapat pelepasan untuk hutang lapuk?

Anda boleh memohon pelepasan hutang lapuk:
i. dalam tempoh 6 tahun daripada tarikh barang bercukai dijual
ii.tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kastam
iii.berdasarkan formula yang ditetapkan.

Apakah kemudahan yang disediakan di bawah cukai perkhidmatan
.styled-table { border-collapse: collapse; width: 100%; margin-bottom: 16px; } .styled-table td, .styled-table th { border: 1px solid #d3d3d3; padding: 8px; vertical-align: top; } .panel { max-height: 645px; overflow-y: auto; padding: 10px; }
A.Sistem Kontra
Orang berdaftar dibenarkan untuk menolak cukai perkhidmatan di dalam penyata cukai perkhidmatan apabila terdapat sebarang pembatalan dan penamatan ke atas perkhidmatan atau apa-apa sebab lain seperti pengurangan premium atau diskaun.

B. Designated Area:
Designated (not deemed outside Malaysia) Labuan, Langkawi, Tioman and Pangkor
Services provided between and within DA Not subject to service tax except prescribed by Minister
Provisions of services – From PCA to DA – subject to service tax except prescribed by Minister
– From DA to PCA – subject to service tax
– To/from DA to SA* – no service tax
C. Special Area:
Special Area (not deemed outside Malaysia) Free Zone, Licensed Warehouse, Licensed Manufacturing Warehouse and Joint Development Area (JDA)
Services provided between and within SA Not subject to Service Tax except prescribed by Minister
Provisions of services – From PCA to SA – subject to service tax except prescribed by Minister
– From SA to PCA – subject to service tax
– To/from SA to DA – no service tax
– From PCA (other than SA) to FZ or LMW – subject to service tax
– From PCA (other than SA) to JDA – not subject to service tax
Bilakah tarikh kuat kuasa perubahan kadar cukai perkhidmatan daripada 6% kepada 8% yang telah diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2024?

Tarikh kuat kuasa perubahan kadar cukai perkhidmatan daripada 6% kepada 8% adalah mulai 1 Mac 2024.

Apakah perkhidmatan bercukai yang dikenakan pada kadar 8%?

Semua perkhidmatan bercukai tertakluk pada kadar 8% kecuali perkhidmatan makanan dan minuman, perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan penyediaan ruang letak kenderaan dan perkhidmatan logistik yang tertakluk pada kadar 6%. Manakala perkhidmatan kad kredit atau kad caj tertakluk pada kadar RM25/kad.

Apakah layanan jika perkhidmatan bercukaidisediakan sepenuhnya sebelumtarikh kuat kuasa perubahan kadar?

Perkhidmatan bercukai tersebut tertakluk pada kadar lama (6%)

Apakah layanan jika perkhidmatan bercukai disediakan sepenuhnya pada/selepas tarikh kuat kuasaperubahan kadar?

Perkhidmatan bercukai yang disediakan pada/selepas tarikh kuat kuasa perubahan kadar – tertakluk pada kadar baharu (8%)..
Walau bagaimanapun, apa-apa bayaran yang diterima sebelum tarikh kuat kuasa perubahan kadar bayaran tersebut tertakluk pada kadar lama (6%)

Apakah layanan jika perkhidmatan bercukai disediakan sebelum tarikh kuat kuasa perubahan kadar melangkauitarikh kuat kuasa perubahan kadar?

i. Perkhidmatan bercukai yang disediakan sebelum tarikh kuat kuasa perubahan kadar – tertakluk pada kadar lama (6%)
ii. Perkhidmatan bercukai yang disediakan pada/selepas tarikh kuat kuasa perubahan kadar – tertakluk pada tertakluk pada kadar baharu (8%).

Walau bagaimanapun, apa-apa bayaran yang diterima sebelum tarikh kuat kuasa perubahan kadar bayaran tersebut tertakluk pada kadar lama (6%)