Pengeluaran Invois
Pengeluaran Invois:-
- Mandatori untuk pengilang berdaftar yang menjual barang bercukai
- Secara hardcopy atau elektronik
- Mengandungi butiran yang ditetapkan
- Dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris.
Nota Kredit dan Nota Debit:-
- Pembekal Perkhidmatan Bercukai yang berdaftar dibenarkan untuk mengeluarkan invois
- Hendaklah membuat penyesuaian pada penyatanya
- Hendaklah mengandungi butiran yang ditetapkan.
Pengeluaran Invois:-
Orang berdaftar cukai perkhidmatan dihendaki mengeluarkan suatu invois dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris yang mengandungi maklumat selaras dengan Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 iaitu:
(a) nombor siri invois;
(b) tarikh invois;
(c) nama, alamat dan nombor pengenalan orang berdaftar;
(d) perihalan yang mencukupi untuk mengenal pasti perkhidmatan bercukai yang disediakan;
(e) apa-apa diskaun yang ditawarkan;
(f) jumlah amaun yang kena dibayar tidak termasuk cukai perkhidmatan, kadar cukai perkhidmatan dan jumlah cukai perkhidmatan yang dikenakan ditunjukkan sebagai suatu amaun yang berasingan;
(g) jumlah amaun yang kena dibayar termasuk jumlah cukai perkhidmatan yang dikenakan; dan
(h) apa-apa jumlah yang dinyatakan dalam suatu mata wang selain ringgit hendaklah juga dinyatakan dalam ringgit pada kadar pertukaran jualan yang dipakai di Malaysia pada masa bila perkhidmatan bercukai itu diberikan.
Tiada apa-apa perubahan boleh dibuat atas invois dan salinannya. Jika berlaku kesilapan invois dan salinannya hendaklah disifatkan sebagai batal dan ditandakan dengan jelas perkataan "DIBATALKAN".
Invois-invois yang telah dibatalkan bersama semua salinannya hendaklah dikemukakan untuk pemeriksaan bila dikehendaki.
Nota Kredit dan Nota Debit:-
- Pembekal Perkhidmatan Bercukai yang berdaftar dibenarkan untuk mengeluarkan invois
- Nota kredit dikeluarkan apabila nilai invois sesuatu transaksi dikurangkan atau transaksi dibatalkan.
- Nota debit dikeluarkan apabila nilai invois sesuatu transaksi ditambah untuk transaksi yang sama.
- Hendaklah membuat pelarasan pada penyata (Borang SST-02) selepas dikemukakan kepada Ketua Pengarah atau berhenti menjadi orang berdaftar cukai bagi tempoh bercukai terakhirnya.
- Hendaklah mengandungi butiran yang ditetapkan seperti berikut:
(i) Perkataan “nota kredit” atau “nota debit” tertera dengan jelas;
(ii) Nombor siri nota kredit atau nota debit;
(iii) Tarikh nota kredit atau nota debit dikeluarkan;
(iv) Nama, alamat dan nombor pendaftaran cukai perkhidmatan orang berdaftar
(v) Nama dan alamat pembeli;
(vi) Sebab nota kredit atau nota debit dikeluarkan;
(vii) Suatu perihalan yang mencukupi untuk mengenal pasti perkhidmatan bercukai;
(viii) Kuantiti dan amaun bagi setiap perkhidmatan bercukai;
(ix) Jumlah amaun tidak termasuk cukai perkhidmatan
(x) Kadar dan amaun cukai perkhidmatan; dan
(xi) Nombor dan tarikh invois asal yang telah dikeluarkan.* Mana-mana orang yang melanggar di atas adalah melakukan kesalahan.
Nilai Perkhidmatan Bercukai
Cukai perkhidmatan ditentukan berdasarkan nilai sebenar perkhidmatan bercukai yang disediakan.
Asas Perakaunan:-
- Asas Pembayaran
Cukai mestilah dibayar kepada Kastam apabila bayaran diterima bagi perkhidmatan yang diberikan. - Asas Invois/ Akruan
Wajib memohon kelulusan secara bertulis kepada Ketua Pengarah Kastam bagi penentuan cukai genap masa berkenaan dengan perkhidmatan bercukai yang diberikan.
Cukai Perkhidmatan perlu diakaunkan:-
- Pada masa pembayaran diterima
- Cukai perkhidmatan yang dikenakan menjadi genap masa pada masa pembayaran diterima.
- Sekiranya bayaran tidak diterima dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perkhidmatan diberikan, cukai perkhidmatan hendaklah genap masa pada hari selepas tempoh 12 bulan tersebut.