Memahami SST

Apakah Cukai Perkhidmatan

  • Cukai kepengunaan seperingkat yang dilevi dan dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu oleh orang kena cukai di Malaysia.
  • Cukai perkhidmatan yang dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai diimport.
  • Mana-mana orang dalam perniagaan yang menyediakan perkhidmatan bercukai di tempat/establismen yang ditetapkan dan mana-mana orang yang yang menjalankan perniagaan menerima perkhidmatan bercukai dari penyedia perkhidmatan luar negara
  • Perkhidmatan bercukai adalah sebarang perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai.

Bilakah Cukai Perkhidmatan dikenakan?

  • Cukai perkhidmatan hendaklah genap masa pada masa pembayaran diterima oleh orang berdaftar ke atas perkhidmatan bercukai yang disediakan kepada pelanggan.
  • Cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan bercukai diimport hendaklah genap masa pada masa pembayaran dibuat atau invois diterima bagi perkhidmatan itu, mana-mana yang lebih awal.

Apakah Cukai Jualan?

  • Cukai peringkat tunggal yang dikenakan ke atas barang-barang yang diimport dan dikilangkan di Malaysia oleh orang yang kena cukai dan dijual, diguna atau dilupuskan.

Nilai Ambang

  • Mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan bercukai bertanggungan untuk berdaftar jika nilai perkhidmatan bercukai yang disediakan dalam tempoh 12 bulan melebihi nilai ambang yang ditetapkan.

Tempoh Bercukai

  • Tempoh bercukai standard untuk SST (kedua-dua Cukai Jualan dan Perkhidmatan) ialah dua bulan sekali (sekali dalam masa 2 bulan).